Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Chewy Gooey Yummy Brownies




Sapa-sapa yang memang minat dengan coklat memang takkan tolak brownies ni.
Sekali makan confirm mesti nak lagi.
Tak tipu punya.
Sebab ni pun cakap atas pengalaman sendiri.
Hihihi.

Family suka dengan brownies ni.
Full of chocolate katanya.
Lagi-lagi kalau letak kacang.
Pergh! kalah SR tau ^^

Ok, sapa yang teringin nak buat brownies ni, boleh follow resepi kat bawah.
Semoga dimurahkan rezeki kepada owner resepi ni. Amin :)

sumber/credit to: Kak Azlita Masam Manis
gambar: cikepel

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

Thursday, February 9, 2012

Marble Chocolate Cheese Brownies

 
... marble choc cheese brownies yang sangat sedap dan amat fofulerrrr sekallliiii....resepi ni dah lama saya amik dari kak rin chan....

sumber/credit to : kak rin chan
gambar: cikepel ^^


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. 

nota cikepel: saya bakar brownies selama 25 minit kemudian selepas tuangkan adunan cheese tu, saya bakar api atas bawah selamat 10 minit...pastu tambah lagi 5 minit api atas sahaja...hehehe.. ^^

Tuesday, September 16, 2008

Brownies



sumber/credit to : ‘cook with jamie’ @ zana

Bahan-bahan

250 gm butter
100 gm coklat masakan

350 gm gula castor
4 biji telur
80 gm serbuk koko } ayak
65 gm tpg gandum + baking powder } ayak
1 tsp baking powder
150 gm badam cincang- panggang 10 minit

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180C.

2. Cairkan butter dan coklat masakan pada api perlahan. Tutup api dan masukkan gula dan kacau hingga agak sejuk.

3. Masukkan telur dan pukul hingga sebati. Masukkan campuran tepung + baking powder dan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan almond.

4. Tuangkan ke dalam loyang empat segi 20cm yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak. Bakar 25 minit. Sejukkan dan potong empat segi.