Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 29, 2009

Crazy Chocolate Cake


sumber/credit to : Aludra MyR@kak jun

Bahan-bahan
  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
  2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
  3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
  4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
  5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

Kek Batik

gambar-kuih-batik

sumber/credit to : cik MK


Bahan-Bahan:


1 paket Milo kecil (200g)
1 bar mentega (buttercup @ farmcows)
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marrie (1/2 kg)

Cara Penyediaan:


1. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler di atas dapur gas
2. Selepas mentega cair,masukkan susu pekat.
3. Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian dan Milo ke dalam mangkuk atau bekas besar.
4. Tuangkan mentega dan susu dan gaul sebati ke dalam mangkuk berisi biskut dan Milo. Gaul dengan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek.
6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk.
7. Sejukkan dalam peti ais selama 3-5 jam sehingga adunan keras.

Cadangan Hidangan:

1. Boleh dicampur bahan-bahan lain seperti kacang tanah atau badam.
2. Boleh ditabur dengan conlat rice atau coklat chips atau colourful rice untuk hiasan.

Sardin Orang Bujang Versi Ain ^_^

sumber/credit to : ain

bahan-bahan

setengah buku roti
mentega
2 sudu minyak
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
2 cubit garam
2 biji telur (pecah dan kacaukan)
lada sulah

Cara-cara

oke.ikan sardin buang dulu tulang2 besar tu, takut nanti ada kes eksiden tercekik.kemudian tenyeh2 la ikan sardin tu supaya mengecil.sos ikan sardin simpan dulu oke.next dalam pan, masuk minyak, tumis bawang,ala2 dah layu masuk ikan sardin yang dah ditenyeh tadi,kacau siket , masukkan 2 atau 3 sudu sos sardin tadi,kemudian masukkan garam dan lada sulah,masukkan tomato pula..huh..oke boleh berehat sebentar kalau penat..

sediakan satu loyang, griskan dengan sedikit mentega supaya tak melekat. layangkan siket mentega ke atas roti, kemudian carikkan roti susun atas loyang,dah susun roti masukkan sardin atas roti, bagi sama rata semua bahagian , lapis dengan roti lagi, letak baki sardin atas roti.last tuang telur yang dah dipecahkan...bakar dalam oven or microwave sampai masak dan garing..hmm..

sebelum masuk oven


selepas keluar oven


hiaskan dengan bunga-bungaan


simple dan sesuai untuk orang bujang.okeh.sampai disini dulu.
jemput makan yeah.

Monday, April 20, 2009

Kuih Cek Mek Molek





sumber/credit to : kak CT
gambar kuih keria : kak CT
gambar kuih cek mek molek: cik epel


Bahan-bahan
:

5 biji ubi keledek (sederhana besar)
1 cawan tepung gandum
50 gm gula pasir

1/4 cawan air
* sedikit garam *
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
:

1. kupas ubi keledek, bersihkan dan rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.

2. Toskan dan biarkan sekejap, dan lenyek2 kan. Biarkan sejuk.

3. Masukan tepung ke dalam ubi keledek tadi dan adun hingga tak melekat ditangan. Jika masih lagi lembik bolehlah ditambah tepung sedikit.

4. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat2.Tekan adunan dan leperkan sedikit. Buat lubang ditengah2 macam nak buat donat tu ya. Buat sehingga habis. Goreng hingga masak.

5. Gula pasir dan air dimasak di dalam kuali hingga air gula menjadi pekat. Matikan api.

6. Masukkan ubi keledek yang sudah digoreng tadi, dan gaul hingga kuih bersira gula. Angkat kuih dan boleh dihidang.

Nota cik epel : ini resepi asal kak ct untuk kuih keria...tapi saya buat kuih cek mek molek...ekekeke...kak ct...sori...boh gambar kuih keria kak ct kat sini....hiks! ^_^

Wednesday, April 15, 2009

Biskut Kastad



sumber/credit to : dah luper amik kat mane...dah lama print...ekeke...
gambar : cik epel

Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula halus/powder
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla

Cara-cara

1. Pukul telur/mentega/gula hingga kembang

2. Masukkan vanilla, baking powder, pukul lagi hingga rata.

3. Masukkan tepung kastad, gaul rata, masukkan tepung gandum.

4. Cetak dan bakar selama 20 minit.

Nota cik epel : selepas saya uli sume benda, baru saya perasan saya takde penerap biskut...maka dengan itu sebagai orang bujang yang kreatif, saya potong je guna pisau...ekeke..dan bulat² kan jer...aha...satu lagi...kalo nak hias² dengan coklat ke...apa ke..terpulang...maaf la...biskut saya tak cantik tapi housemate saya kata camni..."wahhhh...rasa macam penah makan je biskut nie..kat mana ye...aha! biskut tiger!'...wakakaka...!

Nasi Goreng Lada Hitam

sumber/credit to : kak siti (my opismate ^_^)
gambar : cik epel

Bahan-bahan (anggaran tu, agak² jer ler ek...)

nasi putih
bawang merah - ditumbuk
lada hitam - ditumbuk
ikan bilis - ditumbuk
kubis/kacang buncis (terpulang nak boh sayur ape...)
garam/perasa
belacan (terpulang nak boh atau tak..tapi kalo boh...lagi cedap!)

Cara-cara

1. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbukkan tadi.

2. Pehtu masukkan nasi putih...kacau...kacau..kacau sampai sebati...

3. Masukkan sayur....kacau....

4. Masukkan garam/perasa secukup rasa...

5. Siap!.. ^_^

Nota cik epel : sedap nasik tu...eventho ia adalah sangat simple...maka amat ler sesuai untuk orang bujang cam den nie haaaaaaaaaa....ekekeke...try jangan tak try....ekekeke...

Tuesday, April 14, 2009

Kek Batik


huhu..ngantuk sebenarnya nih..tu yg masuk sini update sesikit..resepi arini ialah kek batik.. ni pun sangat mudah ye tuan2 dan puan2.. x de la alasan tak de oven ke...takde mixer ke...sbb walaupun nama nya kek...tp tak perlukan benda2 tu..asal ada peti ais dah cukup dah..

ok mari kite mulakan...


Bahan-Bahan


1 buku buttercup

1 peket biskut marie (jgn guna jenama tiger sbb sgt lembut)

1 peket milo 250g

sedikit serbuk koko

1/2 tin susu pekat (leh adjustable ikut tekak manis anda)

1/2 cawan air (kalo agak pekat leh tambah lagi sket)



Cara-Cara


Biskut marie dipecah 4.. then letak dalam bekas..


panaskan periuk.. masukkan sebuku butter yg dah potong2 dalam periuk...biar sehingga cair.. kemudian masukkan susu pekat... masuk 1/2 tin dulu...tuang 1/2 cawan air.... n then dah sebati masukkan milo sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2... time ni api kene kecik kay...pastu masukkan sedikit serbuk koko...kalo suke pahit2 letak la lebih... n then kacau sebati..n rasa la...kalo kurang manis tamba lagi susu pekat, kalo dah termanis tak dapek den nak nolong nye ek...n then masak sampai seme sebati dan agak likat....n then tuangkan adunan coklat ni kat bekas biskut marie tadi..n kacau sambil tekan2 kasik mampat... n then just masukkan lam peti ais... pas 3 jam dah leh makan...agak2 coklat tu dah keras...

potong2 bagi nmpk cantik batik2 die tu... n then ngapppppp!!!!


huhuuh..dah bih tulih ni pun still nagntuk lagik...tolong!!!!!

Monday, April 6, 2009

Karipap

sumber/credit to : jo MYR @ ummi
gambar : cik epel

Bahan (Doh Karipap - 20 - 25 biji):-
  • 4 cawan tepung
  • 3/4 cawan minyak- panaskan
  • 3/4 cawan air - atau lebih
  • 1 sk garam

Cara-cara:-

  1. Masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai.
  2. Masukkan air. Uli sampai rata sebati.
  3. Buat bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap.
  4. Bila dah siap tutup dgn plastik tak nak kasi kering.
  5. Menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim.
  6. Goreng dengan api perlahan.
Bahan Inti (untuk 60 biji) - ummi buat 1/3 dari bahan ni..
  • 600gm potato - potong dadu
  • 150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
  • 500gm bawang besar- potong dadu
  • 3/4 cwn daging - potong halus
  • 3/4 cwn minyak
  • 3 sb rempah kari
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 2 sb gula
  • 1 1/2 sb garam
  • 1 asam keping

Cara-cara:-

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan potato & carrot. masak sampai lembut. Menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
  2. Dalam kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut.
  3. Masukkan rempah kari, daun kari jika ada dan masukkan daging., kacau kekejap.
  4. Masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  5. Masukkan gula, garam dan asam keping. bila dah rasa, tutup api. Sejukkan.

Wednesday, March 18, 2009

Nasi Ayam Sos Tiram

~sorry..ada gamba ayam aje...nasik ngan sup yilek..~

Arini kite belajar wat nasi ayam ye.. nasik ayam ada byk version... but yg ni leh la kalo nak kelainan...resepi ini dicilok dr my SIL a.k.a Kak Lin... sungguh yummy tau...tp bile die wat lagi yummy la sbb kite tinggal makan aje...hehheheh.. n seperti biasa resepi ni telah di oter mengikut ke'sempat'an aku aje..

Bahan2 utk sup:

Air ( Air yang diguna utk rebus ayam)
1/2 labu bawang putih
1 inchi halia
Serbuk Lada Putih
Garam secukup rasa

Rebus seperiuk air..agak2 leh muat sekor ayam la... tumbuk halia dan bawang putih...kemudian masukkan dalam air rebusan tu.. n tambahkan lada putih n garam

Bahan2 utk ayam:
1 Ekor Ayam
Sos Tiram
Kicap Manis
Sedikit serbuk Lada Hitam

rebus ayam (yg dah dipotong) dalam sup seperti arahan diatas.. setelah masak ( dlm 20 minit), toskan air nya... masukkan dalam mangkuk besar n tuang sos tiram dan kicap secukupnya dan gaul rata... tambahkan sedikit lada hitam dan perapkan seketika... kemudian goreng seperti biasa...tp jgn lama sgt goreng... kang hangus...

Bahan2 utk Nasi:

Beras
Minyak Bijan
Sedikit serbuk kunyit
Air rebusan ayam

basuh beras macam biasa...kemudian masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan seperti masak nasik biasa.. tambahkan beberapa titik minyak bijan bagi naik bau... n sediiiikkkiiiittt serbuk kunyit...sikit je tau... diulangi... kalo tak de minyak bijan leh gak letak sedikit planta time nasik dah nak kering tu...


Bahan2 utk sos:

Cili Merah Hidup
1 sudu cili kisar
sedikit cuka ( tukar ngan limau kasturi pun boleh)
2 ulas bawang putih
sedikit halia
Sos Cili
Garam dan gula secukupnya

semua bahan tu kisar.. pastu masak atas api...ikut la kesedapan rasa...tp kalo malas cam aku...beli je sos nasik ayam ayamas...hheheh...senang..dah sah2 sedaaaaapppp.....


ok tu je kisahnye...senang kan...cume leceh sbb byk peringkat...sbb tu kalo aku part sos tu jarang2 je buat..hahhaha...so leh hidangkan bersama salad, timun n tomato...

Thursday, March 12, 2009

Nasi Briyani Instant



~soory gamba lam periuk lagi.. yg lam pinggan x smpt snap dah burkk..!!~
~ni la rupe perencah tu..~

Bahan-Bahan

1 peket perencah nasi beriyani MAGGI
1/2 ekor ayam (dipotong)
2 cawan beras yang telah dibersihkan dan ditoskan (guna basmathi lagi sedap)
3 cawan air (utk memasak nasik)
1 sudu minyak sapi (kalo takde butter, margerin, planta or minyak pun leh)
2 ulas bawang merah dihiris (kalo tak letak pun tak dosa)
2 ulas bawang putih dihiris (sama gak..tak letak pun ok)
sedikit bunga lawang n kayu manis (x suke tak ape..)


Cara-Cara:

cara-cara nya amat la mudah ye kawan-kawan... actually kalo ada perencah tu saje pun dah sedap ok... tp ni bg resepi yg agak sedap la.. memula..basuh beras tu..kemudian toskan airnya.. panaskan rice cooker..kemudian masukkan minyak sapi...biar sampai cair...then masukkan bawang n tumis sekejap... kemudian masukkan perencah nasi beriyani MAGGI... kacau sekejap (jgn smp hangus) dan masukkan air... kacau hingga sebati, masukkan beras dan ayam sekali gus... jgn lupe bunga lawang n sedikit kayu manis... patu leh tutup periuk nasik n goyang kaki sampai nasik masak... so senang kan...sekaligus je masak nasik ngan lauk...nak sedap orderla kari kambing ke kat kedai mamak wat kuah.. sorry... nnt leh la sape2 kasi lak resepi kari or kurma utk makan ngan nasik tanam ayam ni ek... till the...jgn tak cube...pasti sedap dan amat menjimatkan masa... wa cakap lu....