Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 11, 2021

Nasi Goreng Tomyam Thai Versi Sarifah Daraman

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Hari ni kita nak kongsi resepi Nasi Goreng Tomyam Thai daripada Puan Sarifah Daraman & husband beliau yang memang tak kedekut bagi resepi thai kat kami2 yang tak berapa pandai nak masak ni...Hihihi..
Semoga semakin murah rezeki mereka suami isteri.
Aameen ya rabbal alameen.
 
So kalau uols nak try buat, boleh klik di link yang saya bagi di bawah tu ye...
Since kat rumah ada sotong, so letak je sotong dalam menu masakan ni...
Sedap uols...rasa memang sebijik macam kita beli kat kedai thai tu... 😁
 
 


Gambar: cikepel


Bahan2:

Nasi putih
Bawah putih - ketuk
1 biji telur
Sayur kailan
Serai - hiris halus
Daun limau
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris
Tomato - potong
 
1 1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil ajinomoto
1/2 sudu besar air limau 
1 1/2 sudu besar kicap sotong
1 sudu besar sos tomyam
Sedikit Thai Golden Mountain Seasoning Sauce

Kalau ada ayam / sotong / udang tu..if uols nak masukkan pun ok je...
 

Cinnamon Rolls versi TikTok

 Assalamualaikum / Salam Sejahtera


Ok uols. 
Hari ni kita nak share resepi Cinnamon Rolls versi TikTok.
Kenapa versi TikTok?
Sebab kita jumpa resepi ni kat TikTok.
Hehehe..
 
Since semua bahan2 memang ada je kat rumah, so kita try buat.
 
Eh! Sedap la uols.
Kita sebenarnya bukan penggemar cinnamon rolls bagai kat luar sana tu.
Tapi bila try yang ni, eh..sedap la pulak (ke sebab buat sendiri? hahaha...)
 
Ok, kalau uols nak try buat, boleh tengok video yang kita bagi tu ye.
 

 

 
Gambar: cikepel
Credit to : owner resepi di TikTok
 
Bahan2:
 
Roti paratha / roti canai
serbuk kayu manis / cinnamon powder
brown sugar
salted butter (kita guna je marjerin yang dok ada tu)
susu pekat manis

Jus Buah Naga / Dragon Fruite Juice

Assalamualaikum / Salam Sejahtera
 
Hari ni kita nak kongsi jus buah naga yang kita baru buat.
 
Kebetulan hari tu adik ipar mai hantar banyak buah naga...
So macam dah tak tau nak buat apa, kita pun google la cari resepi nak buat jus buah naga ni.
Cari punya cari, so terjumpa blog Kak Fatimah ni.
 
Jadi uols yang nak buat, boleh follow link yang kita bagi kat bawah ok. 😊

 

Gambar: cikepel
 
 
Bahan2 - untuk 1 hidangan
 
1/2 buah naga
1/4 jus lemon
3 sudu kecil madu (kita guna madu kelulut)
Beberapa ketulan ais 
 
 
Cara2:
 
Blend je semua bahan2 kat atas tu. 
Minum time cuaca panas.
Aduhhh...terasa sejukkkkk je kat tekak ni ha....😁


Air Detox Sprite

Assalamualaikum / Salam Sejahtera
 
Hari ni kita nak share resepi air detox yang kita jumpa kat youtube ni.
Minum sejuk2 time musim panas...sedapnya uols...
Terasa sejuk tekak ni hah... 😄

Air detox ni kalau letak asam boi, memang tak boleh nak tolak.
Nanti uols try la buat ok. 
 
Boleh tengok video yang kita bagi link kat bawah tu nanti.


Gambar: cikepel Credit to : K.Nor Secubit Garam

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Gambar: cikepel Credit to : K.Nor Secubit Garam

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto


Gambar: cikepel
Credit to: My Resepi
 
Bahan2:
 
Air Sprite
Buah Longan
Biji Selasih
Daun Pudina
Asam Boi
Lemon
 
Nanti uols follow je cara-cara buat kat youtube tu ok. 😊

 

Friday, April 17, 2020

Murtabak Nasi

Murtabak Nasi pun boleh.
Jemput-jemput Nasi pun boleh.

Tapi kite nak panggil Murtabak Nasi. 
Hehehe...
Cara proses dia sama je macam Murtabak Maggi cuma tukar kepada Nasi.

Kite terjumpa resepi ni dalam FB.
Bahan2 tu kita buat anggaran sendiri je k.

Since ada lebihan nasi, kita pun try la buat.
If suka pedas, boleh letak serbuk kari tapi since anak2 kite makan, jadi kite pun tak letak.

Gambar: cikepel
Sumber/Credit to : tak tau owner sebenar di FB

Ini resepi cara kite ye. 
Kalau resepi asal dia letak carrot dan daun bawang.

Bahan2:

Nasi
Telur (anggaran dalam 5-6 biji)
Carrot (parut)
Bawang besar (potong dadu)
1 kiub pati ayam maggi
Minyak 

Cara2:

Pukul telur dan masukkan semua bahan2 kat atas tu.
Kemudian goreng seperti biasa.

Since kite ni suka pedas, jadi kite makan la dengan sos cili.
Anak2 makan macam tu saja tapi dorang kenyang la makan ni since ini nasi.😁
Jadi kalau dah tak tau nak buat apa selain drpd goreng je nasi, try la buat Murtabak Nasi ni. SEDAP...TAK TIPU... 😁






CRISPY WAFFLES

Pagi ni kite try buat waffle dengan menggunakan resepi daripada K.Nor.

Kita follow semua kecuali yang butter tu kite tukar kepada minyak masak.

Al-hamdulillah anak2 suka.
Kiranya resepi ni LULUS dan insya-Allah memang akan buat lagi.


Mr. Yon minta kite masukkan ais ketul dlm adunan tu. Katanya kalau tambah ais ketul tu, lagi crispy.
Takpe. Next time kite try buat apa yang disarankan oleh beliau.
Hehehe...



Gambar: cikepel
Credit to : K.Nor Secubit Garam

CRISPY WAFFLES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:

1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila


Cara:

Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.



Saturday, April 11, 2020

Resepi Ikan Kari Tanpa Santan

Petang tadi kite masak Ikan Siakap Kari Tanpa Santan.

Resepi ni memang akan jadi favourite kite dah ni sebab Mr. Yon sure makan bertambah-tambah kalau ada kari ni...
Hehehe...tak tipu punya laaa...

Boleh amik resepi kat SINI okeh!




Happy 6th Birthday Akeef Dan Aika

10 April 2020 (semalam) adalah hari lahir my twins. 
Akeef dan Aika genap umur 6 tahun semalam.

Semoga anak-anak mama sentiasa di bawah lindunganNya dan doa yang baik2 untuk anak2 mama termasuk Abang Ichiro.

Aameen Ya Rabb.

Rasa macam mereka ni masih kecil lagi.
Rupa2nya dah besar dah anak2 mama ni.

Since MCO/PKP ni kite x boleh nak keluar beli present dan sambut birthday dengan atok, nenek & pak mak sedara dan kawan2 sekolah, jadi kite celebrate je kat rumah k.

Jadi kite pun order kek dengan sorang adik ni then beliau guna khidmat runner untuk delivery.
Al-hamdulillah kek diterima tanpa cacat cela.

Jangan ditanya kenapa kite x buat kek sendiri...hehehe..tamo jawab la soklan tu..hehehe...

Akeef tanya mana present. 
Jadi kite bitau sekarang ada virus di luar so kite x boleh keluar.
Then dia cakap kita keluar dan pakai mask la..
Amboi...siap bagi suggestion tu...hehehe...
So kite cakap, once sekolah dah bukak, mama papa dah boleh go work, baru kite keluar cari present...anak2 mama dah besar & dia pun faham :).


ni masa Akeef dan Aika nak sambut hari lahir pada umur 1 tahun ( 10 April 2015)
Bulat je masing2 time ni...Hehehe...


Sekarang dah umur 6 tahun anak-anak mama. 







Nanti mereka dah besar dan mana la tau terjumpa blog ni, mesti masing2 akan tersenyum sendiri tengok apa yang mama dia coretkan dalam blog ni. 
(ntah wujud lagi ke tak blog di masa akan datang tapi harap2 masih ada la kan...) 
Hehehehe...

Yang penting, semoga apa yang ada dalam ni menjadi kenangan dan memori yang terindah buat mereka 😘😊

Mama Papa sayang kamu semua ❤

Resepi Sotong Tumis Bersantan


Sotong masak macam ni kite memang suka sangat2.
Dulu mak kite selalu masak sotong macam ni.
Sama ada masak tumis bersantan atau masak sup yang kuah warna hitam tu (dakwat sotong).

Ok.
Mr. Yon pun memang suka sangat2 dengan resepi ni.

Jadi kite nak simpan resepi ni kat sini dan share dengan uols di luar sana.
Senang kalu ada yang tiba-tiba nak try buat, boleh la rujuk resepi ni.




Gambar: cikepel
Sumber/credit to : mak cikepel

Bahan-bahan

Sotong (500 g sederhana besar)
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Cili kering yang dikisar @ Cili boh
Santan 
Gula melaka
Garam
Perencah secukup rasa meggi atau ajinomoto
Minyak masak
Air asam jawa @ Air + 1 asam keping.


Cara-cara

Masukkan bahan2 tumbuk dan cili boh ke dalam kuali.
Tumis sehingga naik bau.

Lepas tu masukkan sotong yang telah dibersih dan dipotong tu. Kacau.

Kemudian masukkan santan (kite guna santan kotak) dan masukkan air asam jawa atau kalau takde asam jawa, masukkan air dan masukkan 1 asam keping. Air tu agak2 je.

Dah siap kacau, masukkan gula melaka, perencah secukup rasa dan garam sikit.

Pastu kacau... Biarkan sekejap sampai mendidih..Kacau lagi...pastu dah agak2 mcm dah pekat sikit, dah boleh angkat.

Makan dengan nasi putih panas2.

OHHHH SEDAPPPP.....

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis

Sejak MCO/PKP ni, kite memang sentiasa masak untuk family kan?
Cuma kadang-kadang je la order McD atau KFC.

Lepas tu my twins suka sangat dengan nasi goreng ikan bilis ni.
Aika siap request suruh buat nasi goreng ni TAPI dia panggil ini adalah nasi goreng cina. Hehehe...tak kisah la janji mereka suka :).

Ni pun pagi tadi baru je tanya 'Mama pandai buat lempeng kan?'
Eh! Eh! buat2 tanya pulak dia..hehehe..
So Lempeng...mu tunggggguuuu....Hehehe...

Jadi kat bawah kita bagi resepi untuk Nasi Goreng Ikan Bilik yang sudah berjaya menambat hati Akeef, Aika dan juga Abang Ichiro (Abang ni memang kena makan bersuap baru habis dia makan).

Oh ye..ni gambar hari berasingan ni kite masak...





Gambar: cikepel
Sumber/Credit to : cikepel

Bahan-bahan:

Nasi putih
3 @ 4 biji telur
Segengam ikan bilis - rendam dan tumbuk kasar
Bawang merah - tumbuk kasar
Bawang putih - tumbuk kasar
1 atau 2 kiub perencah ayam meggi @ perencah secukup rasa
Garam
Sayur campur (frozen) - kalau takde boleh je letak sayur2 kegemaran uols.
Minyak masak

Cara-cara:

Panaskan minyak masak di dalam kuali.

Kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sampai garing. 

Kemudian masukkan sayur campur. Kacau sampai rata.

Lepas tu ketepikan sekejap bahan tumis tadi (ketepikan je kat dalam kuali tu)

Pecahkan telur kat sebelah bahan tumis tadi.

Biarkan sekejap ala2 jadi macam telur dadar.

Lepas tu kacau2 bagi telur tu hancur2 sikit.

Lepas dah masak telur tu..kacau semua bahan2 yg ada dalam kuali tu.

Masukkan nasi putih. Kacau rata.

Lepas tu masukkan kiub ayam meggi atau perencah sesedap rasa dan letak sikit garam bagi rasa2 gitu (harap uols faham apa yang kite cuba sampaikan..hehehe).

Pastu kacau2 sampai semua rata dan....SIAP!!!!