Friday, April 25, 2014
Pengalaman Bersalin Secara Czer
Salam & Hi :)
Kan saya buka buku 'biru' di Klinik Fadzliyana kan.
So selepas disahkan hamil kembar, Dr. Fadzliyana buat surat minta saya dirujuk di Hospital Serdang.
Maka bermula la episod monthly check up di Hospital Serdang.
Jadi di O&G tu, saya akan berjumpa dengan doktor yang berlainan setiap bulan.
Pada minggu ke-34, Mr. Yon buat appointment dengan Hospital Putrajaya under skim FPP (Full Paying Patient).
Nasib baik doktor masih terima saya even kandungan dah masuk 34 minggu.
Doktor pakar yang disyorkan adalah Dr. Hazim.
Beliau merupakan Ketua Jabatan O&G di Hospital Putrajaya dan banyak handle kes kehamilan kembar.
Dr. Hazim ni sangat baik dan soft spoken :)
Jadi every 2 weeks, memang saya jumpa beliau sahaja.
Dan tak perlu nak tunggu giliran lama if ambil skim FPP.
Kalau kat Hospital Serdang sebelum ni, memang pergi pagi, balik t/hari la jawabnya :)
Mr. Yon ambil keputusan untuk hantar saya ke FPP sebab beliau takut kejadian yang menimpa isteri kawan beliau akan terjadi kat saya.
Isteri kawan beliau tu sebelum ni pergi ke Hospital Putrajaya.
Lepas tu takde katil.
Terus kena tolak ke Hospital Serdang atau Hospital Kajang.
So mereka terus pergi ke Hospital Serdang.
Di sana pula tiada katil & labour room pula penuh.
Hampir 1 - 2 jam mereka tunggu kat luar.
Kesiannya.
Masa melahirkan Ichiro dulu, Al-hamdulillah nasib saya baik.
Cuma saya kena tunggu 1 jam sahaja untuk dapatkan single room.
Semua atas nasib.
Jadi Dr. Hazim telah menetapkan agar saya check in pada 10 April 2014 (Khamis) pagi dan czer sebelah petang.
So pagi 10 April 2014 tu, pergi la saya ke FPP ditemani Mr. Yon, mama & papa mertua saya.
2 jam juga saya tunggu di lobi untuk dapatkan bilik.
Jam 9.15am saya dah start kena puasa.
Even air pun tak leh minum.
2 jam kemudian, dapat bilik di tingkat 5A.
Satu bilik 2 katil.
Tetap kena charge RM300 untuk satu malam.
Keesokannya baru saya dapat 1 bilik 1 katil.
Baru la rasa privacy sikit :)
T/hari tu, parents saya daripada Kelantan tiba.
Hehehe..terkejut mereka tengok saya yang badan makin naik tu :)
Dah nama pun hamil kembar kan? Hehehe!
Sepanjang pagi hingga ke petang, memang saya takde rasa gemuruh.
Yang saya tau, saya nak beranak je. Hehehe :)
If saya tunjuk saya gemuruh, nanti mereka pula yang makin risau. :)
Jam 5.30pm, nurse datang minta tukarkan baju untuk masuk ke dalam OT.
Lepas tu saya ditolak masuk ke OT.
Doktor bius datang terangkan kepada saya apa prosedur yang mereka akan lakukan dan perlu t/tangan beberapa dokumen.
Jam 5.50pm, saya diminta membongkokkan badan dan memeluk bantal kerana doktor akan cucuk ubat bius/morfin kat belakang.
Macam mana nak cakap ye.
Takde la rasa sakit.
Rasa macam kena gigit semut.
Dan saya pun tak sedar bila masa mereka dah habis inject. Hehehe!
Lepas tu doktor bius tanya saya, adakah saya rasa nervous.
Saya kata saya tak nervous cuma saya tengah tunggu bila saya nak rasa kebas.
Hahahaha!
Bila doktor suruh angkat kaki, saya dah tak rasa apa-apa dah.
Lepas tu datang sorang pembantu minta izin untuk masukkan tiub air kencing.
Aha...nak share kat korang ni.
If sapa-sapa amik FPP (Wad 5A Eksekutif), mereka akan masukkan tiub air kencing selepas dibiuskan.
Sapa-sapa yang duduk wad biasa, mereka akan masukkan tiub air kencing tu awal-awal.
Benda ni la yang paling saya takut.
Nasib baik mereka masukkan selepas saya dibius.
Jadi saya tak rasa apa-apa :)
Lepas tu Dr. Hazim masuk.
Saya bitau doktor saya tak nak tengok.
Doktor tanya betul ke tak nak tengok.
Hahaha!
Saya cakap, memang saya tak nak tengok sebab saya boleh nampak perut saya kat lampu besar yang dok atas saya tu.
Jadi doktor pun letak kain hijau tu halang muka saya.
Doktor bius kata saya takkan rasa benda tajam tapi saya akan rasa perut saya ditekan-tekan.
Doktor Hazim test kat perut saya tanya sakit tak.
Saya kata tak. Cuba buat sekali lagi. Hehehe!
Kali ke-2 Doktor buat, saya tak rasa apa-apa.
Bila dengar Dr. Hazim kata 'Bismillahirahmanirahim' tu, saya tau la, mereka tengah belah perut saya :)
Sempat la saya sembang-sembang dengan doktor bius.
Tanya berapa lama ubat bius ni bertahan.
Katanya ubat bius tu akan bertahan selama 6 jam.
Jam 6.01 pm, keluar la si abang.
Jam 6.05 pm, keluat la si adik.
(saya tahu waktu mereka keluar masa nak keluar hospital).
Tiba-tiba saya terdengar suara baby menangis.
Sah dah keluar sorang.
Saya tunggu lagi nak dengar suara sorang lagi.
Eh! kenapa sampai ke sudah tak de dengar ni.
Saya pun tanya la doktor, dua-dua dah keluar ke?
Rupa-rupanya2 dah lama keluar.
Alahai...saya yang tak perasan rupa-rupanya.
Lepas tu datang la nurse tunjuk baby and minta saya tengok jantina.
Mula-mula mereka tunjuk baby boy.
Kemudian baru tunjuk baby girl.
Syukur Al-hamdulillah.
Muka sebiji macam Ichiro si abang tu :)
Lepas tu sesi menjahit perut saya.
Lepas tu saya dimasukkan ke recovery room sebab saya dah mula rasa seram sejuk kesan daripada ubat bius.
Setengah jam saya kat dalam tu.
6.50pm saya keluar dan belum sampai ke pintu, perut saya macam bergelora.
Nak muntah!
Wah...sepanjang malam saya muntah.
Nasib baik mama mertua & adik ipar saya yang jaga babies malam tu.
Kerja saya malam tu, muntah je.
Dah 3 jenis ubat tahan muntah mereka bagi kepada saya tapi saya tetap muntah.
Sepatutnya keesokan paginya saya kena berjalan tapi sebab saya muntah, mereka tak cabut tiub air kencing dan mereka inject ubat untuk cairkan darah takut jadi darah beku.
T/hari tu, masa saya nak pindah ke single room, baru tiub air kencing saya dicabut.
Fuh!!! Ngiluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
Panjang pulak tu tiub tu.
Saya tak leh imagine macam mana mereka masukkan tiub air kencing kepada pesakit yang tidak dibius.
Ya Allah, memang ngilu.
Saya gagahkan diri untuk bangun dan duduk atas kerusi roda.
Lepas tu nurse bagi lagi ubat tahan muntah.
Terus saya rasa ngantuk apa lagi, tido berdengkurannn le jawabnya...hahaha!
Pastu saya cuba pergi ke toilet untuk buang air kecil.
Lama jugak saya dalam toilet tu.
Sebab saya rasa macam tak boleh nak control untuk buang air kecil.
Last-last baru boleh buang.
Kalau tak boleh buang, nurse kata akan masukkan tiub air kencing semula.
No! No! No! Tak nak dah saya...Ngiluuuuuuuuuuuuuu... :(
Hari Ke-2 saya pakai bengkung moden.
Bengkung khas untuk bersalin czer.
Al-hamdulillah, bila saya pakai bengkung tu, saya tak rasa sakit.
Nasib baik juga masa tu saya takde nak bersin atau batuk.
Kalau ada juga, saya tak tau la sakitnya macam mana.
Jadi saya memang cadangkan kat korang yang akan bersalin czer, beli la bengkung moden.
Tak rugi. Memang amat berguna.
Pakai je bengkung tu kat luar baju.
Insya-Allah korang takkan rasa sakit.
Sebelum ni saya rasa takut sangat bila dengar kena bersalin czer.
Ye la, sebab sebelum ni kan bersalin normal.
Itupun masa dah buka 10cm, masih tak boleh nak push sebab tak rasa sakit. Hehehe!
Selepas kawan-kawan yang pernah alami czer bagi nasihat, saya rasa ok dan saya pikir, czer takde la menakutkan.
Yang penting kena jaga kesihatan diri dan jaga makan.
Pantang macam orang bersalin normal juga.
Tapi ayam daging saya tak makan.
Takut gatal.
Saya tak ambil jamu.
Saya ambil vitamin Shaklee dan juga minum air Peel Fresh.
Saya minum Peel Fresh tu pun masa minggu ke-2 dalam pantang.
Cuma saya nak bitau kawan-kawan kat luar sana, bersalin czer takde la teruk seperti yang kita dengar.
Normal saya pernah. Czer pun saya pernah.
Cuma normal ni kita akan cepat baik.
Czer ni kita kena jaga betul-betul tempat jahit tu.
Kena bagi sentiasa kering.
Dan jangan lupa makan ubat-ubat yang doktor bekalkan dan juga makan vitamin untuk tenaga kita.
Kalau saya rasa macam sakit tempat jahit tu, cepat-cepat saya makan pain killer yang doktor bekalkan :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
39 comments:
Salam
Hi Azlin. :)
Mesti sekarang awak dah selamat bersalin kan?
Dr. Hazim sangat la baik kan? :)
Dapat baby apa? :)
I bersalin ngan dr hazim jgk under fpp...mmg sgt baik org nya... Very soft spoken.. Masa nak czer tu sempat lg dia melawak katanya klu luka dlm, dia akn ikat.. Tp d sbbkan luka sikit jer, dia bg peluang i utk dpt sorg lg bb.. No 5.
Assalam, jika tidak keberatan berapa kos untuk bersalin czer FPP? terima kasih
Salam Azlin
aha kan...bukan ke dia akan tanya nak ikat ke tak kan? saya hari tu dia tanya, tapi saya sengih je la.
so sekarang ni pakai implanon kat lengan tu.
aaaaa...czer sakit? sakit macam mana tu Lin? ke sakit selepas kena czer?
Saya nak try add, tapi byk nama Azlin Zain. tak tau yang mana satu nak add. hihii..
Al-hamdulillah. dah ada baby boy & girl :) Tahniah Lin.
Hi Lee Na
kannn...memang Dr. Hazim baik orangnya. senyummmm je manjang :)
wah! means u dah ada 4 orang anak la ye..seronok bila dengar kawan-kawan ada ramai anak. mesti meriah! :)
Sheibey
W'salam.
Dalam RM3,100 macam tu. yang pasti tak lebih RM3,500. Harap info ni dapat membantu awak :)
Yang pasti, kena call FPP & buat appointment dulu sebelum pergi ke sana. :)
Congrats on ur twins. By d way knp kena cser?1st baby position ke?
Thank u Dylla Nor :)
Sorang baby kepala memang dah ke bawah , sorang lagi masih melintang.
Dr. Hazim kata, if tak nak amik risiko, better czer tapi sebelum tu beliau tanya kita plan nak mengandung bila pula.
So bila minta & dengar pandangan Dr. Hazim, beliau suggest czer so saya setuju untuk czear.
:)
Salam,
tumpang tanya...suami blh brmalam x kl brsalin d fpp?
Tq :)
Salam
If dapat bilik kongsi berdua, suami tak dapat bermalam.
If dapat satu bilik, suami dapat teman isteri.
welcome :)
saya pun under dr hazim fpp..baik
tp masa 2013..sy bilik 2..husb blh teman..agaknya dh baru
tp masa 2013..sy bilik 2..husb blh teman..agaknya dh baru
saya pun under dr hazim fpp..baik
nice review.. saya hrp my turn nantipun smooth mcm awk ni.. nak tanya.. honestly ade x awak sakit belakang sekarang kesan bius tu?? thanks! alamak skrg dh xbole teman ye kalau sebilik bdua. Waa xbestla gitu..sebab bilik single slalu full. Saya buat lap di fpp pjaya.. suami teman wpun bilik berdua thn 2013..
Hi, RM 3100 included everything ??? (Room, Czer, all charges)
Hi Sh3lly, i rase memang dah include everything tu. sebab my previous FPP pun cost me about RM3200 including everything. (czer, room for 2nites, meds, consultation, visitations etc..etc)
Salam..saya baru amik pakej FPP under Dr Hazim..saya nak tanya Dr Hazim ni support x untuk VBAC? (bersalin normal selepas kelahiran lepas czer? )
Rashidah, agaknye peraturan baru kot :)
Hurein,
Honestly, setakat hari ini, takde pula saya rasa sakit belakang.
Maaf, baru reply (saya lupa password. hehehe).
S3lly, betul kata didie. Bayaran RM3,100 termasuk semua. TQ Didie tolong jawabkan :).
maizatul syirin noordin,
Saya tak pasti.
Tapi boleh je if awak try consult dengan Dr. Hazim macam mana.
:)
alhamdulillah seronok baca story awak bersalin twins ye,sue dulu bersalin czer anak sulong sbb baby dah lemas. kesan ubat bius tu buat sue sakit kepala macam nak pecah kepala, tapi x de muntah2 mcm awak.
setiap org berbeza pengalaman kan ;)
dh bsr baby ye sis..setiap kelahiran sgt unik..setiap anak2 lain2 perasaan dan cara lahir..bila trgat kisah bersalin mcm2 perasaan ada..hihi
ye agaknya peraturan baru...tapi masa tu pun husb x teman pun sbb jaga anak kt umah..redha je la
ye agaknya peraturan baru...tapi masa tu pun husb x teman pun sbb jaga anak kt umah..redha je la
kali.ke 5 czer ke atau ade.normal.seblm ni?bestnya ramai
kali.ke 5 czer ke atau ade.normal.seblm ni?bestnya ramai
assalam...thanx ya atas pengalaman.dpt juga sy rujuk..saya pun under doc hazim.dah 30 mgu .doc kata mebi sy kena bsalin awal..sbb twin abg besar dr twin adik.mcda.dah significant.huhu..hrp sgt dpt normal..tp kalau dah terpksa xpe ler..janji baby selamat...:)
anya...kalau fpp...nt da tiba wkt nak bsalin...kna masuk bilik bsalin kan??mcm mana suasana bilik bsalin tu?kita sorg atau ramai?
Alhamdulillah...sy pn bersalin fpp putrajaya dgn doc hazim...alhamdulillah bby 1st nornal betsalin 15 mac 2013..ni baby 2nd 15 jan 2016 juga dgn doc hazim tp emergency czet sbb baby lemas terbelit tali pusat. Waktu tu dh yolak labour room & bukaan pn dh 6cm tp tk blh normal selain bby lemas baby sy face up...doc hazim mmg sgt baik & suke senyum serta melawak....sblm dischargw smpt bergurau lg dgn husbnd bgtau kna jarak sket ni sbb czer....kos sy plak RM2700 (termasuk bilik single room, emergency czer, duduk 5 ari 4 mlm, bius penuh lg & ubat2an) macam consultation & doc dtg visit sume tu mmg standard kn..Alhamdulillah saya & baby selamat.....inshaaAllah ada rzki blh la bersalin dgn doc hazim lg.....utk pengetahuan korang, anak doc hazim adalah dalah seorg mangsa tanah runtuh sekolah agama di hulu langat thn 2011...korang blh google....
Salam..I nak tanya kli czer di fpp putrajaya suami boleh teman di OT tak?
Salam sis nisa, eh murah pulak ye RM2700 je tahun latest plak tu 😊 Saya pun tgh plan nk amik fpp tp hospital ampang InsyaAllah
Ampang x de fpp kalo x silap.yg ada hospital selayang,putrajaya,ppum dan ppukm
Betul dr hazim sgt baik orgnya.senang bawa berbincang.dan sgt soft,sopan Alhamdulillah.
Betul dr hazim sgt baik orgnya.senang bawa berbincang.dan sgt soft,sopan Alhamdulillah.
Dalam ot x boleh tmn.tunggu kat luar je.dalam ward boleh tmn 24 jam
Salam.. Nak tanya incase kalau bilik single penuh dan dihantar je wad 2 katil. Suami memang tak boleh teman bermalam ke? Kalau ibu atau adik perempuan boleh teman bermalam ke?
Post a Comment