Wednesday, December 24, 2008

Makaroni Bakar


makaroni yang telah siap digoreng


masukkan dalam dulang pembakar yang telah disapu dgn mentega..


pecahkan telur..anggaran 10 biji atau sehingga hampir menutupi keseluruhan makaroni tadi



bakar selama 30 minit 180'c atau sehingga masak...kiranya kalau cucuk garpu makaroni tu tak melekatlah...


hidangkan bersama sos cili...nyum...nyum..


sumber/credit to: kak anne yasmin [my ex-roomate at itm ^_^ ]


Bahan-Bahan

1 bungkus macaroni
1 tin cendawan butang – dihiris nipis
1 biji bawang besar (potong dadu)
200 gm daging cincang
200 gm ayam cincang
1 tangkai daun sup
3 sudu cili mesin
Telur 10 biji

Cara buat

Rebus macaroni dalam 10 minit atau hampir kembang. Tumis bawang, cendawan butang, cili, ayam dan daging. Setelah naik bau, masukkan cili. Masak selama 2 minit. Masukkan macaroni. Gaul rata selama 2 minit. Masukkan daun sup. Angkat. Sejukkan.
Sediakan talam/dulang pembakar. Sapukan sedikit mentega keliling talam.
Masukkan macaroni. Pecahkan telur. Pastikan telur menutup semua macaroni. Bakar dalam ketuhar 180’C selama 25 minit atau sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili.

p.s..setengah bungkus makaroni cukup untuk satu dulang pembakar seperti di atas.

No comments: