Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, December 22, 2009

Ayam Masak Sambal Kicap


sumber/credit to : buku masakan kak hanieliza
gambar : cik epel ^_^

Bahan A

500 gram ayam
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (dikoyak)
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap
minyak masak
garam (sekiranya perlu)

Bahan B (Dikisar)

20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara-Cara

- Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil. Basuh dan toskan.

- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.

- Masukkan ayam dan kacau. Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.

- Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.

- Masakkan hingga naik minyak.

- Sedia dihidangkan.

2 comments:

mummyseri said...

amboi merah bebeno nyer..:)
teleleh leleh ni :P

mckie said...

ekekeke...
itu namanya...
pencahayaan yang melampau...hahaha!!!