Salam Ramadhan semua....
Wah...lamanyaaaaaa blog ni tak berhapdet....hampir SETAHUN! biasa la..tuan tanah update ikut mood dia je...so ni la kekdahnya....
Okeh..ni ala-ala Lasagna Melayu...mabeles! keju cheddar tu saya tukar dengan keju mozarella...wah..baru la terasa-rasa tarikan kejunya tu...serious sedap yang amat! Jom try buat! ^^
oh ye...if ada sapa-sapa nak beli bags, boleh la add fb saya ye.. :)
-------------------------------------------------------------------------------------
sumber/credit to: Emmymazli
gambar: cikepel
Bahan Inti
300gm daging/ayam cincang @ 4 keping daging burger ayam (dihancurkan) - saya pakai 4 keping daging oblong...ekekeke...
** kalau nak daging lebih, 1 paket tu 400 gm boleh disemuakan
1 biji bawang merah besar + 2 biji bawang putih ~ diketuk dan dicincang/blender
2-3 sudu besar rempah kari (ikut selera masing-masing) dibancuh dengan sedikit air
1/4 cawan air
kepingan cendawan butang yang diracik + mix vegetable / 1 biji kentang yang dipotong dadu - ikut suka nak letak banyak mana
sedikit garam dan gula
minyak
Bahan Roti
12kpg roti
5 biji telur
200ml susu fresh
1/4 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil lada sulah
8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut - saya guna mozarella cheese ^^
Cara:
Utk membuat inti
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga bawang layu dan masukkan rempah kari yang dibancuh air. Goreng hingga naik minyak dan masukkan air.
Masukkan daging/ayam kisar dan goreng sambil tekan supaya daging/ayam tidak berketul.
Masukkan kepingan cendawan butang yang diracik+mix vegetable atau kentang.
Rasakan
garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sebab cheese yang
akan diletakkan dalam roti nanti dah masin.... cukup sekadar rasa biasa
sahaja)
Goreng hingga kering dan padamkan api.
Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Sapukan
keseluruhan bekas tahan panas dengan butter (kalau korang guna loyang
biasa macam aku nih, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan
sedikit bahagian tepi untuk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jangan
lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dengan butter.
Bancuh telur dan susu fresh bersama lada hitam dan lada sulah dalam sebuah mangkuk hingga sebati.
Celup sekeping roti ke dalam bancuhan telur susu tadi dan susun didalam loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
Susun slice cheese ke atasnya.
Ulang sekali lagi proses dari awal
tadi dan tutup dengan 1 lagi lapisan roti yang dicelup kedalam bancuhan
telur susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas
roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Potong dan hidangkan. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili.
No comments:
Post a Comment