Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, July 24, 2011

Muffin Pisang Inti Coklat


~ pisang ada lagi balance dlm fridge...jenuh gak dok pikir nak wat ape..last2 kite kasik godek pencinta muffin nyer blog...tengkiu izah ^^...sapa ada pisang2 yg ala2 tak termakan tu, moh le kite wat muffin pisang berinti coklat nie..sedappppp....!!!! ^^ ~

sumber/credit to : ros jintamanis @ izah
gambar : cikepel ^^


Bahan-bahanya


2 cawan tepung gandum

 1 1/3 cawan gula

2 biji pisang yang ranum (saya letak 200++ gm)

1\2 cawan minyak masak

2 biji telur

1\3 cawan  susu segar

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 sudu kecil baking powder

beberapa titik esen vanila (saya boh perisa pisang)

beberapa ketul coklat dairy milk (saya guna compound chocolate beryls)

Cara-caranya


1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.


2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.


3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.


4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170 darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.

No comments: