Tuesday, March 11, 2014

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum.
Dah lama tak update blog kesayangan ni.
Entah la, nak kata tak rindu, sebenarnya rindu nak update.
Tapi bila buka je blog, terus terdiam tak tau nak taip apa.
Asal masak je, teringin nak ambik gambar macam biasa.
Tapi keinginan nak ambil gambar tu jadi terbantut.
Haih...faktor usia gamaknya (tiba-tiba salahkan usia. hihihi).
Sebenarnya resepi blueberry cheese tart ni dah buat lama dah.
Tapi keinginan membuak-buak hari ni nak update blog, kita masukkan jugak even dah lama ye.
Tapi masih terasa-rasa lagi rasa cistat ni. sedap. (opsss...sendiri buat sendiri puji. hihi..)
 Ok, if ada yang teringin nak buat, boleh follow resepi kat bawah ye :)

sumber/credit to : kak azita zain @ sariyusa
gambar: cikepel

Bahan tart shell :
170 gm margerin
50 gm gula icing
1 telur C (Seri Kandi guna B)
1 st esen vanilla
290 gm tepung gandum

Cara-cara :
1. Pukul sekejap margerin dan gula icing dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga jadi doh.

(Update : Cairan dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 290 gm. Masukkan tepung sedikit2 apabila ia hampir hendak menjadi doh. Berhenti letak tepung apabila doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk. Terus meletak tepung mungkin akan menyebabkan doh anda menjadi agak keras.)

4. Tekan doh pada acuan tart, jangan terlalu  nipis dan jangan terlalu tebal.

5. Cucuk-cucuk sedikit  permukaan doh pada acuan dengan garfu.
6. Bakar dengan suhu 170 - 180 darjah selsius selama 25 minit.
7. Bila suam keluarkan dari acuan. (Cuma terbalikkan dan tart shell akan keluar sendiri, jangan cungkil)

Bahan Krim:
250 gm krim keju
50 gm gula kastor
1 telur B
1 st esen vanilla/ esen lemon

Cara-cara :
1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan dalam piping bag.
4. Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.

5. Masukkan filling blueberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
6. Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
7. Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknya mengikut citarasa anda.
8. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 5 - 10 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak. Jika masih melekat, tambah masa 1 atau 2 minit lagi.

Selamat mencuba.

No comments: