Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 29, 2009

Kek Batik

gambar-kuih-batik

sumber/credit to : cik MK


Bahan-Bahan:


1 paket Milo kecil (200g)
1 bar mentega (buttercup @ farmcows)
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marrie (1/2 kg)

Cara Penyediaan:


1. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler di atas dapur gas
2. Selepas mentega cair,masukkan susu pekat.
3. Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian dan Milo ke dalam mangkuk atau bekas besar.
4. Tuangkan mentega dan susu dan gaul sebati ke dalam mangkuk berisi biskut dan Milo. Gaul dengan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek.
6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk.
7. Sejukkan dalam peti ais selama 3-5 jam sehingga adunan keras.

Cadangan Hidangan:

1. Boleh dicampur bahan-bahan lain seperti kacang tanah atau badam.
2. Boleh ditabur dengan conlat rice atau coklat chips atau colourful rice untuk hiasan.

2 comments:

Unknown said...

Kek batik ni mmg favorite sy. Cuma resipi yg saya dpt dr member agak lain skit. Nanti sy cuba buat pakai resepi ni plak. TQ. :)

mckie said...

hehe..saya x penah wat lagi kek batik...
ingat satu ari nnt..nak try gak.. ^^