Wednesday, September 10, 2014

Kembar Kena Demam Kuning Dan Sewa Lampu Fototerapi

Okey, ni nak cerita serba ringkas berkenaan Akeef & Aika kena demam kuning.

Hari ke-3 pantang kat rumah, 2 orang misi comel daripada KKM datang ke rumah untuk check mama and twins la kan.

Jahitan/stapler (tak tau la macam mana) ok. Katanya cantik je :)
Lepas tu, Akeef nampak macam kena kuning. 
So untuk lebih selamat, depa minta bawa Aika sekali ke KKM  esok.

Jadi keesokannya kami bawa la twins ke KKM.
Memang sah Akeef kena kuning. 
Aika pun terjebak sekali.

Saya dah tak ingat berapa bacaannya sebab dah 5 bulan berlalu & sekarang baru update blog. hihihi.
Yang pasti almost 2 minggu lebih jugak la demam kuning tu ada.
Masing-masing dok gilir.
Akeef turun, bacaan Aika naik.
Aika turun, bacaan Akeef naik.

Dalam minggu pertama tu, Mr. Yon search internet. 
Lepas tu jumpa syarikat untuk sewa Lampu Fototerapi.
Saya tak pasti dia sewa kat mana.
Tapi if ada kawan-kawan kat luar sana nak sewa, boleh rujuk blog Littlemamadiary ni.
Kat blog beliau lebih detail pasal lampu tu :)
Ntah-ntah Mr. Yon sewa kat situ jugak. Hehehehe...

Dalam minggu kedua, bacaan still turun/naik :(
So kena refer kat hospital tapi tak kena tahan.
Since saya bersalin kat Hospital Putrajaya, saya pergi je sana.
Kesian sangat bila dengar twins menangis sebab kena cucuk ambil darah.
Tapi untuk kebaikan mereka, tahan je sebak dada ni :(

Dalam 2 kali macam tu rasanya kena pergi ambil darah kat sana.
So dah dapat result, hati, darah & kuning ok, lega sangat-sangat.
Al-hamdulillah.

Banyak sebenarnya nak story kat sini.
Nanti ada masa lagi, saya update k.

:)







No comments: