Wednesday, September 17, 2014

Potato Fritters (Jemput-Jemput Kentang)

1st time buat potato fritters ni.
Memang sedap!
Next time kalau ada tetamu mai rumah, memang boleh hidang jemput-jemput kentang ni.
Saya ni bab buat jemput-jemput biasa, memang fail.
Kadang-kadang keras, kadang-kadang lembut -_-"
Tapi potato fritters ni memang akan jadi penyelamat anda!
ewah!

gambar: cikepel
sumber/credit to: Ummizaihadi

Bahan:
  • 5 - 6 biji kentang (kupas dan basuh bersih) (saya guna 3 biji)
  • 4 sudu besar tepung jagung (sukatan boleh adjust secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • (saya tambah daun bawang)

Cara-Cara:-
  1. Kentang diparut hingga habis dalam penapis. Sambil tu, biarkan airnya keluar sekejap sambil ditekan2 sikit parutan. Buangkan airnya.
  2. Masukkan parutan kentang dalam mangkuk sesuai. Tambah tepung jagung, tepung gandum, lada sulah dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan telor dan gaul sebati kesemuanya. (Adunan mmg berair sedikit)
  4. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya untuk goreng terendam. Sudukan adunan dan goreng hingga kuning keemasan atau garing lagi sedap. (Balik-balikkan selalu ya, agar rangup)
  5. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.




No comments: