Wednesday, September 17, 2014

Kek Gula Hangus

Mak saya memang pakar dalam membuat kek gula hangus ni.
Kemudian adik saya yang no. 4 pun pakar jugak.
Saya tak pakar sebab malas. Hehehe.
Rasa macam susah gila nak buat kek gula hangus ni.
Mak saya punya style, masak kek ni atas dapur gas.
Lepas tu tiap kali raya, memang ada je yang order dengan mak @ adik saya ni.

Ok, since kek ini juga menjadi kegemaran Mr. Yon, jom la kita buat.
Sedap la jugak tapi yang mak saya lagi sedap. Hahaha!
Sebab rasa kegebuan dia.
Pastu Mr. Yon kata, next time boleh tambah gula sikit lagi dalam resepi ni.
Bagi saya dah ok, tapi beliau kata, tambah sikit lagi.
So terpulang kepada korang nak tambah atau tidak k.

Resepi saya amik dalam Group Resepi Ringkas kat dalam fesbuk.
Tengkiu kepada empunya resepi.

gambar: cikepel
sumber/credit to : empunya resepi  @ group resepi ringkas

Bahan2:

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sdb marjerin
1 cawan tepung gandum
2 sdk soda bikarbonat
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur
***mak saya letak 1 sdk perisa pisang @ vanilla***

Cara2:

Masak gula dengan api perlahan hingga cair.
Kemudian masukkan sikit-sikit air panas (hati-hati ia akan meletup sikit).
Masukkan marjerin dan kacau sampai cair.
Ketepikan.

Blend telur hingga kembang.
Masukkan susu pekat ke dalam telur blend tadi.
Masukkan tepung gandum & soda yang diayak.
Kacau sebati.
Bakar dalam 160' selama 1 jam atau kukus 1 jam.




No comments: