Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 19, 2010

Ikan Bakar Asam Jawa

sumber/credit to : e-na zarina

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahannya :
  • Ikan - apa2 jenis ikan yang suka
  • garam
  • halia
  • serbuk paprika
  • serbuk cili
  • bawang merah
  • bawang putih
  • sedikit gula / Aji no moto
  • Air asam jawa - pekat
  • Daun kunyit untuk membungkus ikan
Cara Membuatnya :
  1. Ikan dibersihkan dan di kelar.
  2. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah, serbuk paprika dan serbuk chili.
  3. Gaulkan dengan air asam jawa yang pekat tadi.
  4. Perap ikan dengan bahan tadi lebih kurang 1/2 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
  5. Sapukan sedikit minyak masak di atas daun kunyit.
  6. Titikkan sedikit minyak di atas ikan.
  7. Bungkus / balut ikan dengan daun kunyit.
  8. Bakar di dalam oven dengan suhu 220 degree selama 20 minit kemudian balikkan ikan dan bakar lagi selama 10 - 15 minit atau sehingga ikan masak. Bakar atas dapur gas pun boleh.

Sambal Getuk

sumber/credit to : sendukjebat@SL

gambar : cikepel ^_^

Bahan-bahan:
ikan bilis
cili padi ~ belah dua
belacan ~ nak sedap bakar dulu
sedikit gula ~ jika suka

Cara Membuatnya:
- Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
- Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
-.Angkat dan toskan.
- Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik 5.
- Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!

nota cikepel : Baru 2 kali buat sambal getuk nie...memang sedap...mr.yon tak tahan pedas, so yang tukang abehkan adalah saya....ahaks!

Sandwich Telur - Ulangan 2

gambar : cikepel ^_^

- resepi simple nie boley amik kat sini yek... ^^

Thursday, April 15, 2010

Kek Pisang Sempoi


sumber/credit to : kak ina kl myr@ mummyalyssa

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • akak tambah-coklat chip, kepingan badam(bakar dulu) dan coklat urai

Cara-cara

1.Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih.Masukkan coklat chip dan gaul sebati.

2.Masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, (akak hias dengan kepingan badam dan tabur coklat urai).

3.Bakar 180C selama 40 - 50 minit.

4.Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


nota cik epel : memang sedap...nak buat pun sangat senang...tengkiu mummyalyssa ^^...saya cuma tukar walnut (bakar dulu) dengan chocolate chips...hehehe....

Monday, April 12, 2010

Lada Hijau Masak Taucu - Ulangan 2

- iskh...asyik ulangan je kan...hehehe...

- ari tu kak ct bagi lada hijau nie...so saya perkenalkan masakan ni kat my sister...dia suke...cuma hasben saya x tahan pedas, so rasa seket je... ^_^

- resepi kak ct nie leh amik kat sini... ^_^

Ikan Bawal Masak Masam Manis


- resepi amik kat sini...ubah-ubah je seket...hehehe..saya x masukkan cuka dan tepung ubi...hiasan pun takde daun ketumbar dan daun sup...boh bawang holland gan cili merah je...simple tapi tetap menawan kalbu...wehooo...!

Peria Goreng - Ulangan 2

- sesi ulangan lagik....ekekeke....
- amik je resepi kat sini...kalo nak tukarkan telur tu gan daging ayam pun, boleh gak... ^^

Portuguese Egg Tart - Ulangan 2


- sesi ulangan lagik....hehehe...ari sabtu lepas family mertua saya datang umahkan...so, my MIL tingin nak makan portuese egg tart yang saya buat nie...huhuhu...malu =_=" ....so bekalkan untuk dorang dan bagi kat Tok Mak sikit...at the same time sedekahkan sikit kat jiran depan dan sebelah umah saya nie...balance lak, hasben & adik saya yang ngap... ^_^

- resepi amik kat sini ek...

Bluberry Cheese Cake - Ulangan 2


- ari jumaat lepas, adik datang umah so ajar dia camne nak wat blueberry ciskek yang simple nie...kebetulan keesokannya family mertua datang, so jamu dorang gan ciskek nie... ^^

- resepi boleh amik kat sini ^^ ....

Sardine Roll

sumber/credit to: jun@kzai

gambar : cik epel ^^

Bahan Pastri:- (kurang lebih 34 ketul)
  • 250 gm mentega sejuk
  • 500 gm tepung gandum
  • secubit garam
  • air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 kuning telor - untuk sapuan sebelum dibakar
Cara Membuat:-
  1. Gaulkan mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
  2. Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.
  4. Bila filling telah sedia digunakan (telah sejuk), keluarkan doh dari peti ais.
  5. Gelekannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
  6. Letakkan filling di atas doh dan roll.
  7. Letakkan di atas dulang yang telah disapu mentega dan dialas. Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus).
  8. Kemudian disapu kuning telor atas doh.
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 175C.
nota cik epel : hehehe....rupa x cantik cam kzai wat... ^^