Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, September 12, 2008

Tom Yam Putih



sumber/credit to : kak jeni @ ummi

Bahan-bahan

2 biji bawang besar - belah 8
3 ulas bawang putih - dititik
3 batang serai - dititik
2 inci lengkuas - dihiris dan dititik
1 kg ayam - potong kecil (*ummi letak separuh je)
2 ekor sotong sederhana - potong bulat (*ni ummi tambah)
8 ekor udang (*ni pun ummi tambah)
1 biji tomato - potong 8 (*ummi letak 2 biji)
1 batang celery
cili padi - ditumbuk (*ikut pedas - ummi letak 8 tangkai)
Cili hijau - belah 4 (x letak pun)
1 batang carrot - potong panjang 1 inci (*ummi potong bulat nipis)
Jus limau nipis (*ummi letak 3 sudu besar)
Daun limau purut
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing.

3. Masukkan ayam dan tumis sekejap. (Tips untuk menghilangkan bau hanyir ayam).

4. Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih.

5. Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun limau purut.

6. Masukkan garam secukup rasa. Setelah masak sume sayuran (jangan layu sangat), tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus limau secukup rasa.

7. Siap dan hidangkan dengan nasi panas bersama telor dadar..best!!

Nota cik epel : saya dah try wat tom yam putih nie..cedap! hiks! tapi guna gambar ummi la yek..lagi shantek.. ^_^

Thursday, September 11, 2008

Puding Roti Berdaging


sumber : nurani
gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

Roti (8-10 keping) [pertambahan roti ialah mengikut bekas yang digunakan]
susu segar
telur (2-3biji) mengikut kesukaan masing-masing
cheese
mentega sedikit -untuk disapu pada bekas

Inti @filling

Minced beef
Kentang 2 biji kecil(kalu yg sukakan kentang nk tmbh lagi pun tak pe
Carrot (half je)
Daun bawang
(kalu sesiapa nak gunakan mixed vege pun ok)
serbuk perasa (saya gunakan yg mudah, serbuk kari campur serbuk kurma)
Resepi asal Kak Syam- beliau guna serbuk padprika

Masak inti sepertia biasa di kuali dulu sebelum digunakan sebagai inti di dalam puding roti berdaging ini..

Tumis bwg putih, masukkan daging biar masak daging skit, masukkan kentang, carrot dan serbuk kari dan serbuk kurma, garam secukup rasa..dan akhir sekali (mixed vege) dan daun bawang..masak sampai keluar minyak dan kering skit..tutup api.

{inti roti ni bergantung kepada selera dan krativiti anda sendiri, tapi yg pasti kena letak daging..baru jadi puding roti berdaging}

Cara-cara

1. Sapukan bekas dengan mentega.

2. Celupkan roti dalam susu, sampai basah..kemudian letakkan di bahagian bawah bekas (based) sampai penuh permukaan bawah...(kalau nak potong kulit roti pun tak pe..saya sayangkan kulit..sebab tu tak potong..he.he).

3. Kemudian, letakkan inti daging yang telah dimasak tadi.

4. Penuhkan inti di dalam bekas dan memenuhi permukaan bekas.

5. Pukul telur di dalam bekas..dan tuangkan di atas inti yang telah diletakkan di dalam bekas tadi.

6. Potong cheese dan susun di dalam bekas.

7. Sayur extra- saya letak tomato skit (tak wajib).

8. Ulang proses pertama tadi, celupkan roti didalam susu segar sekali lagi..untuk tutup permukaan inti daging tadi.

9. Semasa letak roti yang telah dicelup susu, tekan sedidkit agar inti padat dengan roti..perlahan-lahan, jagan sampai inti terkeluar di atas roti.

10. Bila siap tutup permukaan daging, taburkan bawang goreng. Untuk menyedapkan lagi bau dan aroma puding roti kita, taburkan juga daun bawang.Ianya juga sebagai hiasan untuk mencantikkan puding roti kita.

11. Panaskan oven.

12. Resepi asal Kak Syam- bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama sejam tapi saya bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 50 minit.

13. Bakar sehingga roti dah keperang-perangan dan kering susu.

Cadangan hidangan : bersama sos cili atau kuah kari @ gulai bak kata org Kedah


Nota cik epel : puding saya tak jadi seperti puding nurani..hihihi...nak kena try wat lagik nie... ^_^

Mini Murtabak



sumber/credit to : ayong

Bahan-bahan

Inti murtabak

100g daging cincang/ayam cincang
2 biji kentang didadu kecik2
1sudu rempah kari
1sudu rempah kurma
1/2 biji bawang besar didadu kecik2
2 ulas bawang putih
garam dan serbuk perasa
kulit popia
2 biji telur

Pencicah

5 biji bawang merah dimayang halus
10 sudu cuka masakan

Cara-cara

Inti murtabak

1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan layu.

2.Masukkan rempah kari dan kurma yg telah dibancuh dgn air,goreng hingga naik minyak.

3.Masukkan daging cincang dan kentang.

4.Jika terlalu kering,masukkan sedikit air.

5.Masak sehingga kentang empuk,angkat dan sejukkan seketika.

6.Pukul telur dan masukkan inti murtabak yg telah disejukkan tadi,kacau hingga sebati.

7.Ambil kulit popia dan masukkan inti murtabak,bungkus seperti popia mengikut citarasa.

8.Goreng dalam api perlahan.

Pencicah.

1.Campurkan bawang merah yg dihiris halus dgn cuka,biarkan sehingga bertukar menjadi warna merah.

2.hidangkan bersama murtabak yg telah digoreng.

3.Selamat mencuba..

*inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2.

nota cik epel : dah dua kali wat mini murtabak nie...cuma saya tambah jintan manis dan jintan putih jer...papehal pong..memang meletops!... hiks! ^_^

Cornflakes Cookies



sumber/credit to : ummi

Bahan-bahan (anggaran 70 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis.

3. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.

4. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas).

5. Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Homemade Pizza




sumber/credit to : ummi

Bahan-bahan

500 gm tepung roti
12 gm garam
8 gm yis
16 ml minyak zaitun/minyak sayur
250 ml air suam

Topping (*versi ummi ikut stok dlm fridge)

4 batang sosej - hiris nipis
3 batang crab - kerat kecil
1 labu bawang besar - hiris nipis
1/2 biji capsicum - dadu
1 biji tomato - dadu
1 1/2 cawan cendawan butang - hiris nipis
1/4 cawan mix vege
mozarella cheese
sos tomato
sos cili
sedikit tomato puri
*Ummi masak dulu bahan2 topping biar separuh masak baru diletakkan atas doh sebelum dibakar).

Cara Membuat Doh

1. Masukkan sume bahan gaul rata dan uli hingga jadi doh seperti membuat roti.

2. Setelah doh lembut, bulatkan dan tutup dengan cling wrap. Tunggu 15 - 20 minit supaya doh naik.

3. Bahagikan doh kepada dua dan uli. Letakkan atas papan dan gelek doh dengan rolling pin hingga nipis (*doh akan naik semasa dibakar).

4. Letak dalam loyang pizza. Sapu doh dengan tomato dan cili sos (tomato paste).

5. Tabur semua bahan topping dan akhir sekali tabur mozarella cheese sebanyak yang disukai.

6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 12 - 15 minit (bergantung kepada oven) sehingga doh masak dan cheese mencair.

7. Siap untuk hidangan panas2..Memang sedap dengan topping versi pilihan sendiri..

Wednesday, September 10, 2008

Pizza Roti Cik Epel ^_^



sumber : cik epel ^_^

Bahan-bahan

Roti
Sayur campur
Mozzarella @ cheddar cheese
Daging cincang – nak pakai daging burger pun bley….
Garam skit
Sos spaghetti


Cara-cara

1. Daging tu kalo bley, goreng atau rebus dulu…

2. Pastu taruk sayur campur…terpulang la..semua sayur boley…tak kisah…

3. Sapu rata sos spaghetti kat roti…

4. Tabur mozzarella cheese sikit atas roti tu…

5. Pehtu letak daging yang digoreng/direbus tadik…

6. Tabur mozzarella cheese…tak kisah banyak mane pun..nak kasik melimpah pong tak pe.. ^_^

7. Pehtu kalo takde mozzarella, nak taruk cheddar cheese pong bley…..

8. Bakar dalam 10-15 minit, suhu 150’ celcius camtu…

9. dah ciap!!! Tabur parmesan cheese pong dap gak tu! ^_^

Nota cik epel : tak plan pong nak wat…tiba-tiba cam lapo je time main game tu…hihihi…senang je…kekawan pong leh wat gak…hihihi...^_^…

Cream Puff




sumber/credit to : ayong

Bahan-bahannya


130g tepung serbaguna
1/2 sdt garam
100g mentega
2 biji telor gred A
250ml air

Cara-caranya

1.mentega,garam,air dimasak hingga mendidih.

2.kemudian masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh..kacau cepat2.

3.kemudian,masukkan adunan tadi kedalam mixer,putar hingga sejuk,masukkan telor satu persatu.teruskan memutar.

4.adunan tadi dimasukkan ke dalam piping bag dan dipaipkan menggunakan nozzle star.

5.bakar 200'celcius selama 30 @pun 170'celcius 40-45 minit.

castard filing.

bahan-bahannya

250ml susu segar
30g tepung jagung
30g tepung kastard
50g gula castor
1 biji kuning telor
esen vanilla

cara-caranya

semua bahan tadi dicampur kecuali telur,bila mendidih masukkan telur dan kacau hingga kental.
paipkan ke dalam cream puff yg telah siap dibakar.

kalu nok wat ekk buh lah stoberyyyy...........!!

Kerabu Taugeh Chef Zam



sumber/credit to : kak jun

Bahan-bahan

300gm taugeh
4 daun kucai-potong2
100gm udang
udang kering sket
4 bawang merah-hiris
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
5 cili api-potong2
jus limau nipis
garam n gula
butter

Cara-cara


1. Panaskan sedikit butter, goreng udang. ketepikan.

2. Tumis kerisik, udang kering dan bawang merah. angkat.

3. Masukkan udang yg digoreng tadi, taugeh, kucai, cili api ke dalam bahan tumisan, kacau.

4. Masukkan santan, jus limau, gula n garam secukup rasa. kacau sebati, hidangkan.

Monday, September 8, 2008

Ikan Kurau Masak Masam Manis



sumber : mesra.net

Bahan-bahan

1 ekor ikan bawal/kerapu yang kecil
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih.

Sos


2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil cuka
¼ sudu kecil tepung ubi
Gula, garam & lada sulah (secukup rasa)
4 sudu besar air Hiasannya:
¼ biji timun
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
4 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Sediakan ikan. Bersihkan ikan bawal tetapi jangan memotong ekor & siripnya terlalu pendek. Perasakan dengan garam.

2. Sediakan sayur-sayuran. Kupas bawang merah, bawang putih, buangkan biji cili merah & basuhkan dengan bahan-bahan untuk dihias. Cincang bawang merah & bawang putih. Potong timun, hiris tomato, mayang cili, daun bawang & petik daun ketumbar untuk hiasan.

3. Sediakan sos. Campur semua bahan sos dengan 4 sudu besar air di dalam mangkuk. Memasak ikan masam manis. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga berwarna kuning di kedua-dua belahnya. Tus & letakkan dalam pinggan bujur. Tuang minyak daripada kuali.

4. Gorengkan bawang merah & bawang putih dalam minyak yang lebih itu. Tuang ke dalamnya adunan sos & masak hingga pekat. Perasakan secukupnya. Tuang dengan cermat ke atas ikan goreng. Hiaskan dengan timun & tomato yang telah hiris di keliling ikan serta bahan-bahan yang dimayang di atas ikan itu.

Nota cik epel : saya pakai ikan kurau…tepung ubi pong tak masukkan gak…takde…hihihi…^_^

Petola Masak Lemak



sumber : cik epel

Bahan-bahan

1 biji petola
1 mangkuk santan
suhun - direndam
fu chuk - direndam (betui ke ejaan nie..hihihi...)
4 bawang merah - ditumbuk
2 bawang putih - ditumbuk
Sedikit lada hitam – ditumbuk
Sedikit garam/perasa

Cara-cara

1. Masukkan santan, petola, bawang merah, bawang putih dan lada hitam ke dalam periuk. Tambah air sedikit.

2. Kacau sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan su hun dan fucuk. Jangan lupa masukkan garam dan perasa (jika perlu)

Nota cik epel : ^_^ saya kol mak kat kampung nak tanya wat petola masak lemak camne…hihihi…. :-b