Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 19, 2010

Macaroni Chicken Garatin


sumber/credit to : E-na Zarina gambar : cikepel ^_^
Bahan-bahan :
  • 150g macaroni
  • 1 keping daging burger ayam - dipotong kecil
  • 2 batang sosej ayam - di hiris kecil2
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu halus.
  • 2 sudu kecil butter
  • 150g mozarella cheese
  • Sedikit olive oil atau minyak masak utk digunakan semasa merebus macaroni.
  • Casserole 20cm
Cara Menyediakannya :
  1. Rebus Macaroni sehingga lembut. Masukkan sedikit olive oil atau minyak masak ke dalam periuk merebus macaroni untuk mengelakkan macaroni dari melekat.
  2. Setelah lembut, angkat dan toskan.
  3. Panaskan butter. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu.
  4. Masukkan daging burger dan gaul rata.
  5. Masukkan sosej dan kacau lagi.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  7. Masukkan macaroni dan gaul rata. Matikan api.
  8. Sapu sedikit butter pada mangkuk gratin.
  9. Masukkan macaroni tadi.
  10. Tuangkan white sauce.
  11. Taburkan cheese di atasnya.
  12. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 25 minit atau sehingga cheese bewarna perang. Selamat Mencuba. Sedap ni...ngeee
Bahan-Bahan White Sauce :
  • 400ml fresh milk
  • 2 tsp tepung gandum
  • 2 tsp butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
Cara membuat white Sauce
  1. Panaskn butter.
  2. Masukkan fresh milk, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
  3. Kacau sehingga semuanya sebati dan mendidih.
  4. Setelah mendidih tutup api.
Tips : Supaya macaroni tidak melekat antara satu sama lain - Masukkan sedikit olive oil atau minyak masak semasa merebus macaroni.

Nota cik epel : ekekeke...terlebih 'perang' plak...xpe...boley cuba lagik... ^_^

No comments: