Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, January 12, 2017

Ice Bucket Di IOI City Mall

Assalamualaikum & Hi uols.

Okey, kali ni Aunty Kie nak share tempat makan sedap lagi di IOI City Mall, Putrajaya.
Tapi Aunty Kie dok rasa, orang lain dah lama dah dok try mende alah ni.
Aunty Kie je yang baru nak merasa.
Hehehe...xpo la lambat, asal dapat merasa le jugak ^^

So kalau ada di kalangan uols yang tak tau nak makan apa, boleh la pergi try kat Ice Bucket ni :)

Ni kejadian hari Ahad malam yang lepas.
Kitorang pun keluar dah lambat.
Keluar semata-mata nak pergi merasa kat sini.
Lepas makan, tak sempat nak cuci mata apa, terus balik.

Ok, jom tengok apa yang kami makan malam tu beserta dengan harga untuk rujukan uols k :)


Mem besar dok tengok berapa harga makanan yang dah diorder -__-"


 Mr. Yon order Vanilla Milk Shake (RM17.90) Sedap katanya.


Aunty Kie order Chocolate Parfait saiz kecik (RM13.90)


Mr. Yon order Mushroom Roasted Chicken Pasta (RM17.90)
Sedap uols.

Aunty Kie order Homemade Chicken Meatball Pasta (RM17.90)

Jadi, kalau ada yang nak pergi ke sana, boleh tengok alamat kat bawah k :)

Ice Bucket
L2-18,
Level 2,
IOI City Mall,
Putrajaya.




Tuesday, January 10, 2017

Tino's Pizza Cafe Di IOI City Mall

Okey.
Hari ni Aunty Kie nak share salah satu tempat makanan sedap di IOI City Mall, Putrajaya.

Ini pun 1st time Aunty Kie try makan kat sini.
Al-hamdulillah sedap.
Memang tidak mengecewakan.
Pekerja pun sangat baik & friendly.

Hari tu kami ambil set apa ntah. Lupa.
Yang pasti sedap uols!

Kedai kat Level 2 ye uols.
Cashier tu yang ambil order kami hari tu. Macam2 kami tanya since tak ramai customer lagi masa tu. Dia baik & friendly ok :)
Ni menu yang dok ada.
Yang ni Pizza Mr. Tino. Masa ni Aunty Kie ambil set apa ntah. Lupa. Tapi serious sedap!

Yang ni datang 1 set dengan pizza kat atas tu. Namanya Puerto Spaghettini. Sedap uols.

Kalau datang lagi, Aunty Kie nak try menu lain pulak :)
So sapa2 nak try pergi cuba makanan sedap ni, alamat kat bawah ye:-

Tino's Pizza Cafe
Lot No. L2-11, 
Level 2, IOI City Mall, 
E26, IoI Resort, 62502 Putrajaya

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara

Assalamualaikum & Hi uols :)

Nak share tempat makan sedap di Meru, Klang.

Cerita hari Sabtu yang ntah berapa haribulan, Aunty Kie lupa dah.
Aunty Kie ajak Mr. Yon tengok anak kawan baik dia yang baru lahir tu.
Daripada Serdang ke Meru, Klang tu rasanya jauh jugak la perjalanannya.
Kebetulan cuaca pun cantik je hari tu.
Maka kami pun pergi la ke sana.

Masya Allah...comel khalifah Allah tu...
Yang pasti uols jangan tanya nama si comel tu sebab Aunty Kie lupa.
Gambar pun tak amik. Haihs!

Lepas tu kawan baik Mr. Yon kata ada satu kedai yang sedap dekat area rumah mertua beliau tu.
Kambing bakar.

Apa lagi, Aunty Kie ni kan pantang kalau ada orang kata ada tempat makan sedap2.
Jadi kita harus cuba! ^^

Memang ramai pelanggan kat kedai ni. Kata kawan baik Mr. Yon, pelanggan tak putus2 mai kat kedai ni.

tu menu yang dok ada kalau uols nak tengok.

Kami order nasi ayam penyet since anak-anak bertuah ni nak nasi. Kalau tanya Aunty Kie ok ke tak, Aunty Kie kata...ok laaaa... nway, selera masing-masing kan? :)

Aha...Kambing bakar dia sedap tapi pedas! Tak pe...Aunty Kie suka je pedas2 macam ni. Kambing bakar ni datang sekali dengan nasi putih. Sedap uols, tak tipu. :)

Memek muka Abang Ichiro kalau tau kita nak ambil gambar ^^

Tiap kali nak makan terpaksa bagi ipad/iphone jadi keadaan menjadi tenang di meja makan. Once dah habis makan, gadget2 yang dok ada terpaksa dirampas semula ^^. Ye, Aunty Kie memang 'kejam'. 

Jadi, kalau ada sesiapa yang pergi ke Meru, Klang boleh singgah di kedai ni. 
Alamat ada kat bawah:-

Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara
Jalan Kasim, 
Meru, 
41050 Klang, 
Selangor

Ok, tata uols!

Monday, January 9, 2017

Aiskrim Suka Hati

Assalamualaikum & Hi :)

Kejadian ni masa hari Sabtu kalau tak silap. 
Tapi Sabtu bila Aunty Kie pun tak ingat.

Bukak katup peti ais, tengok ada ice cream.
Lepas tu ada balance pisang.
Tak banyak pun, 2 biji je.
Nak buat cekodok pisang pun tak lepas.

Jadi, moh le kita.
Mula-mula buat dalam bekas kecil.
Share dengan Aika.
Abg Ichiro & Akeef tak suka aiskrim.
Habis uols!

Lepas tu Mr. Yon balik keje, kita buat pulak tapi besar punya.
Habis jugak! ^^
Kalau tak habis tak pe, Aunty Kie boleh je tolong perabiskan :)

Actually Aunty Kie letak je apa yang ada dalam fridge tu. 
Kalau nak buat mcm Aunty Kie buat, aha...
sila tengok bahan-bahan kat setiap gambar di bawah tu ye... :)
Yang ni dalam bekas kecil. 
1 biji pisang - potong bulat
aiskrim perisa coklat, strawberi & vanilla
drizzle dengan coklat (whipping cream & dark/milk choc = double boiled)
Rainbow rice yang colourful tu :)
If nak tabur chocolate rice pun ok je...
Yang ni pulak dalam bekas besar tu :)
1 biji pisang (nak lebih pun boleh tapi sebab pisang tak byk, so guna 1 biji je)
Aiskrim perisa strawberi, coklat & vanilla
Chocolate Chips
Cornflakes
Milo Cereal
Kismis
drizzle dengan coklat (whipping cream & dark/milk choc = double boiled)
Rainbow rice yang colourful tu :)
If nak tabur chocolate rice pun ok je... 
 Biskut apa2 lepas tu cucuk je atas aiskrim tu :)


So..dah siap!!!

Ala...sebenarnya uols boleh je nak letak apa2 pun...
Asalkan benda2 tu semua boleh dimakan & tidak memudaratkan kesihatan :)

Ini sekadar rujukan/idea untuk uols saja :)

Sebab dah tak tau nak letak nama apa, tu yang jadi tajuk AISKRIM SUKA HATI tu :)

Cucur Nasi Ikan Bilis

Assalamualaikum & Hi :)

Sebenarnya dah lama buat cucur nasi ikan bilis ni tapi tak sempat nak update kat blog.

Sebenarnya ni kali ke-3 buat cucur nasi ni.

1st buat tu, tak baca cara-cara dengan betul.
Terus humban nasi ke dalam tepung...memang tak jadi le kan.
Sapa soh tak baca resepi betul2...wuwuwu...

2nd buat, baru la jadi...
so kali ke-3 ni baru la ada kegigihan nak ambil gambar & update kat blog  dengan harapan uols yang nak try resepi cucur nasi ikan bilis ni dapat buat juga :)

Selamat mencuba!
Sumber/credit to : Mat Gebu
Gambar : Aunty Kie/Cikepel

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Tuesday, December 27, 2016

Ikan Tongkol Nasi Dagang

Okey, ni resepi untuk gulai ikan tongkol.
Cumanya masa Aunty Kie nak pi beli ikan tongkol tu, ikan tu habis.
Arghh...tak leh jadi ni.
Terus capai ikan tenggiri. 
Nak pergi pasar borong memang idok le...jauh.
Kalau dulu lain la, sebelah rumah je...
Pastu cili hijau takde plak dlm fridge.
Tapi takpe, kita letak je cili merah. 
Hehehe..sedap jugak!
Janji ada rasa masam2 asam keping.

Kalau Emak Aunty Kie, dia akan rebus dulu ikan tongkol tu dengan beberapa keping asam keping & garam kasar. Air sikit saja. Rebus ikan tu.
Lepas tu biarkan semalaman atau 1/2 jam ke kalau nak cepat.
Biar rasa masam tu menyerap.
Fuh...memang sedap!
Kalau raya kat Kelantan, Emak Aunty Kie mesti buat Nasi Dagang + Gulai Ikan Tongkol + Gulai Ayam + Udang + Telur. Tu memang wajib ada.

Kalau tak, kadang-kadang tukar menu. 
Tak buat nasi dagang, beliau akan buat Nasi Minyak.
Tapi Aunty Kie suka request Nasi Dagang. 
Hehehe...

Okey, panjang pulak celoteh. Kat bawah ni resepi k.

Sumber/Credit to : Emak Aunty Kie/Cikepel
Gambar : Aunty Kie/Cikepel

Bahan untuk gulai ikan tongkol: 

3 cawan santan sederhana pekat
2 keping asam gelugur
1/2 ikan tongkol-dibersihkan dan dipotong ikut suka
1 biji cili hijau
garam secukup rasa
10 biji bawang merah *
2 cm kunyit hidup *
4 cm lengkuas *
6 tangkai cili kering *
Bahan bertanda * dikisar halus


Cara-cara:-

Untuk lauknya-Panaskan santan dlm periuk.Setelah mendidih,masukkan bahan kisar.Biar mendidih sekali lagi.
Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan cili hijau.Biar hingga ikan betul2 masak.
Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang.

Next time nak kena jugak cari ikan tongkol. Tak kira! ^^

Nasi Dagang Kelantan

Salam & Hi ^^

Hari Sabtu baru2 ni teringin nak makan nasi dagang.
Nasib baik resepi yang Aunty Kie minta dengan mak ada lagi :)
 
Lepas tu hari Ahad pun buat jugak. 
Cumanya hari Sabtu tu buat versi kukus & hari Ahad buat versi tanak guna rice cooker.
Kalau kukus memang ambil masa yang lama sikit ^^.
Kalau guna rice cooker tu, sekejap je. 
Macam masak nasik biasa :)

Okey.
Kat bawah ni resepi Nasi Dagang k.

sumber/credit to : Emak Aunty Kie/Cikepe ^^

gambar : Aunty Kie/Cikepel ^^
 
 
1 kg beras nasi dagang-dibersihkan dan direndam semalaman.
2 cawan santan cair *
1 cawan pati santan *
1 sudu teh halba
7 biji bawang merah-dihiris
2 cm halia-dihiris
3 sudu teh gula
1 sudu teh garam 

**boleh letak daun pandan kalau nak.
 

*Santan mengikut jenis beras.Kalau perlu,tambahkan sikit santan mengikut kesesuaian.

masak kepala santan utk last siram dengan bawang merah, bawang putih, halia, halba, garam & gula

Cara2
Untuk nasi-Panaskan air dlm periuk kukus hingga mendidih.Masukkan beras dan kukus selama setengah jam.
Angkat nasi,masukkan 2 cawan santan cair dan gaul hingga sebati.Kukus semula selama setengah jam lagi.
Angkat nasi sekali lagi dan masukkan pati santan,halba,bawang,halia,garam dan gula.Gaul sebati.
Kukus semula selama 20 minit atau hingga nasi masak.


Masa ni nak kukus kali ke-2 & tengah gaulkan dengan kepala santan yang kita masak tadi.

Aunty Kie punya pengukus tu kecik je tau. Import daripada Tanah Merah, Kelantan. ^^ Emak Aunty Kie yang bagi. Sentimental value nie :). Yang kat sebelah pengukus tu, tengah masak kepala santan.
  
Jangan suruh Aunty Kie buat acar timun bagai ye. Tak kose sebab dah lapar sangat. Maka kita rebus telur & makan je dengan ikan. Nanti next post Aunty Kie bagi resepi ikan tongkol untuk nasi dagang k ^^


Friday, December 23, 2016

Tamat Tadika & Holiday Class 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lamanyaaaaaa tak masuk sini
Lama kot tak update blog.
Sawang dah penuh kiri kanan atas bawah dah ni.
Haih la...kesian blog Aunty Kie tau.
Eh..dan2 gelaran dah bertukar.
Hehehe..ye la.
Berkurun kot.
Last post adalah 17 September 2014.
Hari ni 23 Disember 2016.

Tak tau kenapa hari ni tiba-tiba boleh teringat nak bukak blog.
Rindunya lahai...


Ni gambar bulan Ogos 2016. Last birthday Abg Ichiro di Tadika Ho.
Sebelum ni tak reti nak mintak kek apa.
Tiba-tiba tahun ni minta kek oren, warna biru dan gambar transformers.
Ok, Aunty Kie ikutkan aje sebab sebelum ni main tadah je kek apa yang mak dia bagi ^^.

Sedih pulak Aunty Kie bila dia dah tamat belajar di Tadika Ho.
3 tahun dia kat sana.
Next year dah nak masuk Darjah 1 ye wahai anak. :)

 Okey.
Sempena cuti sekolah, Aunty Kie daftarkan dia p Holiday Class di Sri Serdang.
So every morning Aunty Kie hantar sana.
2 hari pertama selepas ambil dia kat class tu, Aunty Kie hantar dia ke rumah grandma dia.
Lepas tu minta tolong grandpa dia ambil dia.
Lepas tu Aunty Kie rasa, amik je la dia daripada kelas tu, pastu bagi dia lepak kat opis.
Lagipun cuti sekolah ni, ramai je parents bawak anak2 ke opis.
& dia pun tak kacau orang.
Dia duduk je belakang kerusi Aunty Kie ni sampai balik. (bentang tikar pastu bagi bantal bagi henpon, haaa..layan la minecraft dia tu). 
Memang diam2 je la dia kat situ.
Kadang-kadang orang tak tau pun dia ada kat belakang kerusi Aunty Kie ni ha... ^^

28 Dec ni last dia pi holiday class.
Lepas tu 30 Dec start orientasi untuk Darjah 1.
Haih la
Dah Darjah 1 ye kamu nak -__-"
Rasa macam kecikkk lagi kamu ni...

Okey.
Kita stop dulu.
Nanti kerajinan datang lagi, Aunty Kie update/merapu/meraban lagi k.

Monday, November 10, 2014

Roti Gebus From Kathy K

Moh la kite meroti pulak :)

Resepi ni saya ambil daripada fesbuk.
Sebelum ni pernah juga saya buat roti.
Tapi percayalah!
Yang ni memang gebus semacam :)

Nway, thank u kepada kakak cantik, kak Kathy K kerana sudi kongsi resepi roti ni.
Murah rezeki akak.

If ada yang nak buat roti, boleh la ikut resepi kat bawah.

Gambar: mckie
Sumber/Credit to : Kak Kathy K (Facebook)

Bahan-bahan

1 cawan air suam
1 peket yis (rehatkan 10 minit sehingga berbuih)
4 sudu gula
2 sudu susu pekat
2 sudu planta (campurkan semua)
3 1/2 cawan tepung gandum (saya guna tepung high protein)
1 biji telur - dipukul
(Masukkan setelah yis rehat 10 minit)
* ikut pada keperluan tepung ada masa cecair tidak habis. Asalkan jadi doh lembut tidak lekat pada bekas)

Cara-cara

Selepas bancuhan yis berbuih, curah sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan hingga jadi double.
Bila dah double, tumbuk2kan dan uli hingga cantik.
Bentukkan dan masuk ke dalam bekas.
Rehatkan lagi hingga jadi double.
Bakar api atas bawah 150' selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dan sejukkan atas redai.
Semasa panas, sapukan marjerin di atasnya.






Kat atas tu saya tabur cheddar cheese & nutella :D

 
Yang ni pun sama. Cheddar cheese jugak saya tabur kat atas :D

Aha. besar kan roti hot dog saya..hehehe...tapi puas hati sebab makan satu dah kenyang yang amat :D

Lazada & Blender

Entry ni dah lama nak buat tapi biasa la, 
kemalasan melanda yang teramat-amat sangat -__-:

Hari ni Akeef & Aika genap 7 bulan.
Sebelum masuk 6 bulan, saya dah survery cara-cara macam mana nak buat puree baby.
Regret sangat sebab masa Ichiro dulu  saya tak banyak explore pasal makanan bayi. -__-

Maka bermula la acara marathon mencari mesin nak blend makanan baby.
Hajat di hati nak beli yang brand Avent tu. 
Lepas stim pastu terus blend.
Tapi harga memang boleh tahan.

Maka, jom la kita berjimat cermat dengan survey lagi macam mana nak buat.
Padahal boleh je guna blender yang sedia ada kat rumah.
Cuma perlu beli bekas blender yang baru je :p
Nafsu semua ni. Ahaks!

Jadi moh le kita beli blender Shake n Take :D
Harga pun memang murah.
Saya beli kat Lazada. 
Saya dapat harga RM45 macam tu.
Tapi better beli barang lebih daripada rm100 sebab postage Lazada untuk 1 item sahaja dah RM15.
So baik beli banyak sikit at least postage tu depa bagi free. Hehehe.. :)
Lepas tu barang pun cepat je sampai. 
Dalam tempoh seminggu dah sampai.

So masa Akeef & Aika dah masuk 6 bulan, memang saya dah start bagi dorang makan puree.
Gambar buat puree takde la pula saya ambik.
Tapi nanti saya ambik. 
Baru seronok sembang sambil ada gambar.
Jadi pasal buat puree tu, tunggu ada gambar lag ye.
:)

tertarik dengan warna pink punya pasal! Rasa macam cute gile! hehehe...


 test buat smoothie :)