sumber/credit to : buku kak hanieliza gambar : cik epel ^^
Bahan A
500 gram ayam (dipotong kecil) 1 batang lobak merah 1 biji bawang besar (dihiris) 2 batang serai (diketuk) 8 biji cili api (diketuk) 2cm lengkuas (diketuk) 1 ulas bawang putih (diketuk) 1 sudu besar pes tomyam 1 batang daun saderi (dipotong kecil) 3 helai daun limau purut (dikoyak) Air & garam secukup rasa
Bahan B
100 gram bunga kubis 2 biji tomato (dipotong 4) 2 biji limau nipis (diambil airnya) 1 pokok daun ketumbanr (dicincang)
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan A dan renehkan hingga lembut.
2. Masukkan bunga kubis dan buah tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk
Untuk perap
>1 sudu besar kicap pekat
>1 sudu besar sos tiram
>1cm halia
>2 ulas bawang putih
>sedikit kicap cair
Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.
Bahan sos
> 5biji cili merah
> 5 ulas bawang putih
> 2cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula
> 1/2 cawan air
Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar kisar
@rempah sup
@garam
@daun sup yg dihiris.
Cara-cara
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
1 tin susu cair 1/2 tin air 2 biji kek gulung (saya suka perisa oren & strawberry) 1 cawan gula 1 sudu besar tepung kastard 1 tin buah peach
Cara-Cara
1. Satukan susu cair, air, gula dan tepung kastard dalam periuk.
2. Kacau sampai le pekat..sejukkan jap...
3. Potong kek gulung bulat-bulat pehtu susun dalam mangkuk triffle..(memandangkan saya takde mangkuk triffle...saya boh je dalam bekas bulat yang ada kat dapur nie... ^_^ )
3. Kemudian potong dadu buah peach seket, taburkan atas kek gulung tadi....
4. Pahtu susun kek gulung yang potong bulat-bulat tadi atas buah peach yang potong dadu tadi...
5. Pahtu susun buah peach yang tidak dipotong dadu atas kek tadi...
6. Last sekali tuangkan kastad sehingga rata...
7. Sejukkan puding sebelum dihidangkan...
Nota cik epel : sebenarnye terpulang kepada kawan-kawan nak potong buah peach tu dadu ke tidak...ekkeke..ikut kreativiti masing-masing...nak wat tiga segi ke...empat segi ke...bentuk bintang ke..terpulang...ekekekke.....memandangkan saya terlebih rajin...saya wat le camtu...ekekeke....lepas tu..sukatan tu...agak-agak le ek..especially tang gula tu... ahaks! tata! ^_^
3-4 sudu susu tepung (apa-apa jenis pun tak kisah asalkan susu tepung
3 sudu marjerin (dicairkan)
Yis basah
Air garam (garam dilarutkan dalam air. Jangan masin sangat nanti adunan tepung tu masin)
Gula dikisar halus (jangan halus sangat)
Cara-cara
1. Cairkan yis dalam air (peringatan : 1kg tepung gandum = ½ potong yis kalau nak buat ½ kg letakkan suku saja).
2. Satukan tepung gandum dengan susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yang telah dicairkan dan diadun dengan air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan).
3.Biarkan adunan tepung yang dah doh tu mengembang.
4.Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat-bulat seperti kita nak buat kuih keria.
5. Bila bentuk-bentuk donut tu dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar.
Option 1
Yis basah ada dijual kat kedai runcit selalunya disimpan di tempat aiskrim (mungkin takut cair) so kenalah tanya dengan pekedai bila nak membeli.
Option 2
Maaflah saya nak tambah sikit. Kalau nak donut tu waktu sejuk pun masih lembut lagi contohnya untuk bawa bekal, sila tambah:-
2 biji ubi kentang – direbus dan dilenyekkan.
Yis basah boleh diganti dengan 1 bungkus Mauripan (serbuk)
Nota cikepel : Saya lupa kat mana saya amik resepi nie…dah bertahun dalam simpanan saya…ni 1st time baru buat…saya tak ikot sukatan kat atas tu…saya main belasah je…ekekeke….…^_^… owh ye…saya juga masukkan ubi kentang…
Tapi Al-hamdulillah…tetap lembut okeh…ahaks!
Pastu saya tak taburkan gula atas tu, saya pi cairkan coklat bar pahtu boh atas tu….pergh! sodap! Dah le coklat bar tu berkacang…pahtu…coklat ‘corte’ plak tu…sapa-sapa yang suka makan coklat, memang tau la coklat jenama ‘corte’ memang marveles! ^_^ selamat mencuba…!!!
Petai Ikan Bilis Bawang Merah - blend Bawang Putih - blend Cili Kering/Cili Serbuk (saya guna cili serbuk baba's tu...bancuh dengan sedikit air) Asam Keping/Asam Jawa(saya guna asam keping) Garam Gula Pak Aji (tamo pun tak pe) Minyak Masak
Cara²:
1. Masukkan minyak ke dalam kuali...goreng ikan bilis separuh garing...angkat & toskan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih & cili yang telah dibancuh dengan air tadi...tumis sampai naik bau & pecah minyak...
3. Masukkan air sikit ke dalam tumisan tadi dan bubuh asam keping/gula/garam secukup rasa...
4. Kemudian masukkan petai...biarkan seminit dua...pehtu baru masukkan ikan bilis dan terus tutup api...
5. Siap ^^
nota cik epel : saya masak nie main agak² je...hehehe...so harap kawan² agak sendiri la ek berapa sukatan bahan² tu...yang pasti..makan gan nasik putih panas pehtu jangan lupe telur dadar...perghh..terus feeling² makan kat restoran..ahaks!
~hehehe...ini resepi ain..kalo nak...klik kat sini ek...erkk...abaikan telur tu ek...huuu...mula-mula saya ingat tak masak lagik...rupa-rupanya telur dia jadik camtu...tapi kalo dah boh sardin tu..wat ler camne pong tetap sodap...cuma saya tak boh buah tomato sebab takde...ekekeke...lada sulah pong luper nak boh...ekekeke...selamat mencuba...tengkiu ain... ^_^
5. Lapisan pertama, sapukan sos spaghetti dan tabur sedikit hotdog dan daging burger...tabur cheddar cheese....
6. Susun roti lagik...
7. Sapukan sos spaghetti dan mayonis sedikit...boh hotdog, daging burger, capsicum dan cheddar cheese...agak-agak ada parmesan cheese lam peti ais, tabur jer parmesan cheese seket...
8. Last sekali...parut mozarella dan taburkan atas 'pizza' kite tu tadi...terpulang..nak boh banyak, sila parut gan jayanya...tamo boh banyak, parut sikit-sikit je la...hehehe...
9. Bakar dalam suhu 120' selama 20-25 minit....
10. Sungguh enak dimakan time panas-panas...pehtu makan lak gan sos cili...perghhh.... ^_^
4 biji pisang 3 biji telor 1 3/4 cawan tepong gandun 1/3 cawan tepong jagung 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder secawan gula secawan minyak masak
cara-cara
macam biase ye puan puan ... ayak tepong gandum,tepung jagung, baking powder n soda bikarbonat..ok letak sebelah... then pukul telor dengan gula sampai kembang, next masuk pisang yg dah dilenyek...lenyek siket udah le..biar nanti makan terase tegigit pisang...besh ooo...ok then , masuk kan tepong dan semua benda di ayak tadi yee...kacau le sampai sebati semua ye ... last sekali masuk lah minyak masak secawan orait.....kacauuuuuuuuu lagi .... then masuk dlm loyang...bakar dalam oven sampai kecoklatan dalam 1 jam 30 min kire dah masak la 2 ...
1 paket Milo kecil (200g) 1 bar mentega (buttercup @ farmcows) 1/2 tin susu pekat 1 paket biskut Marrie (1/2 kg)
Cara Penyediaan:
1. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler di atas dapur gas 2. Selepas mentega cair,masukkan susu pekat. 3. Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian dan Milo ke dalam mangkuk atau bekas besar. 4. Tuangkan mentega dan susu dan gaul sebati ke dalam mangkuk berisi biskut dan Milo. Gaul dengan sebati. 5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek. 6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk. 7. Sejukkan dalam peti ais selama 3-5 jam sehingga adunan keras.
Cadangan Hidangan:
1. Boleh dicampur bahan-bahan lain seperti kacang tanah atau badam. 2. Boleh ditabur dengan conlat rice atau coklat chips atau colourful rice untuk hiasan.
setengah buku roti mentega 2 sudu minyak 1 tin kecil sardin 1 biji bawang besar (hiris) 1 biji tomato (hiris) 2 cubit garam 2 biji telur (pecah dan kacaukan) lada sulah
Cara-cara
oke.ikan sardin buang dulu tulang2 besar tu, takut nanti ada kes eksiden tercekik.kemudian tenyeh2 la ikan sardin tu supaya mengecil.sos ikan sardin simpan dulu oke.next dalam pan, masuk minyak, tumis bawang,ala2 dah layu masuk ikan sardin yang dah ditenyeh tadi,kacau siket , masukkan 2 atau 3 sudu sos sardin tadi,kemudian masukkan garam dan lada sulah,masukkan tomato pula..huh..oke boleh berehat sebentar kalau penat..
sediakan satu loyang, griskan dengan sedikit mentega supaya tak melekat. layangkan siket mentega ke atas roti, kemudian carikkan roti susun atas loyang,dah susun roti masukkan sardin atas roti, bagi sama rata semua bahagian , lapis dengan roti lagi, letak baki sardin atas roti.last tuang telur yang dah dipecahkan...bakar dalam oven or microwave sampai masak dan garing..hmm..
sebelum masuk oven
selepas keluar oven
hiaskan dengan bunga-bungaan
simple dan sesuai untuk orang bujang.okeh.sampai disini dulu. jemput makan yeah.
sumber/credit to : kak CT gambar kuih keria : kak CT gambar kuih cek mek molek: cik epel
Bahan-bahan: 5 biji ubi keledek (sederhana besar) 1 cawan tepung gandum 50 gm gula pasir 1/4 cawan air* sedikit garam* Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. kupas ubi keledek, bersihkan dan rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
2. Toskan dan biarkan sekejap, dan lenyek2 kan. Biarkan sejuk.
3. Masukan tepung ke dalam ubi keledek tadi dan adun hingga tak melekat ditangan. Jika masih lagi lembik bolehlah ditambah tepung sedikit.
4. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat2.Tekan adunan dan leperkan sedikit. Buat lubang ditengah2 macam nak buat donat tu ya. Buat sehingga habis. Goreng hingga masak.
5. Gula pasir dan air dimasak di dalam kuali hingga air gula menjadi pekat. Matikan api.
6. Masukkan ubi keledek yang sudah digoreng tadi, dan gaul hingga kuih bersira gula. Angkat kuih dan boleh dihidang.
Nota cik epel : ini resepi asal kak ct untuk kuih keria...tapi saya buat kuih cek mek molek...ekekeke...kak ct...sori...boh gambar kuih keria kak ct kat sini....hiks! ^_^
2. Masukkan vanilla, baking powder, pukul lagi hingga rata.
3. Masukkan tepung kastad, gaul rata, masukkan tepung gandum.
4. Cetak dan bakar selama 20 minit.
Nota cik epel : selepas saya uli sume benda, baru saya perasan saya takde penerap biskut...maka dengan itu sebagai orang bujang yang kreatif, saya potong je guna pisau...ekeke..dan bulat² kan jer...aha...satu lagi...kalo nak hias² dengan coklat ke...apa ke..terpulang...maaf la...biskut saya tak cantik tapi housemate saya kata camni..."wahhhh...rasa macam penah makan je biskut nie..kat mana ye...aha! biskut tiger!'...wakakaka...!
sumber/credit to : kak siti (my opismate ^_^) gambar : cik epel
Bahan-bahan (anggaran tu, agak² jer ler ek...)
nasi putih bawang merah - ditumbuk lada hitam - ditumbuk ikan bilis - ditumbuk kubis/kacang buncis (terpulang nak boh sayur ape...) garam/perasa belacan (terpulang nak boh atau tak..tapi kalo boh...lagi cedap!)
Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbukkan tadi.
2. Pehtu masukkan nasi putih...kacau...kacau..kacau sampai sebati...
3. Masukkan sayur....kacau....
4. Masukkan garam/perasa secukup rasa...
5. Siap!.. ^_^
Nota cik epel : sedap nasik tu...eventho ia adalah sangat simple...maka amat ler sesuai untuk orang bujang cam den nie haaaaaaaaaa....ekekeke...try jangan tak try....ekekeke...
huhu..ngantuk sebenarnya nih..tu yg masuk sini update sesikit..resepi arini ialah kek batik.. ni pun sangat mudah ye tuan2 dan puan2.. x de la alasan tak de oven ke...takde mixer ke...sbb walaupun nama nya kek...tp tak perlukan benda2 tu..asal ada peti ais dah cukup dah..
1/2 tin susu pekat (leh adjustable ikut tekak manis anda)
1/2 cawan air (kalo agak pekat leh tambah lagi sket)
Cara-Cara
Biskut marie dipecah 4.. then letak dalam bekas..
panaskan periuk.. masukkan sebuku butter yg dah potong2 dalam periuk...biar sehingga cair.. kemudian masukkan susu pekat... masuk 1/2 tin dulu...tuang 1/2 cawan air.... n then dah sebati masukkan milo sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2... time ni api kene kecik kay...pastu masukkan sedikit serbuk koko...kalo suke pahit2 letak la lebih... n then kacau sebati..n rasa la...kalo kurang manis tamba lagi susu pekat, kalo dah termanis tak dapek den nak nolong nye ek...n then masak sampai seme sebati dan agak likat....n then tuangkan adunan coklat ni kat bekas biskut marie tadi..n kacau sambil tekan2 kasik mampat... n then just masukkan lam peti ais... pas 3 jam dah leh makan...agak2 coklat tu dah keras...
potong2 bagi nmpk cantik batik2 die tu... n then ngapppppp!!!!
huhuuh..dah bih tulih ni pun still nagntuk lagik...tolong!!!!!
~sorry..ada gamba ayam aje...nasik ngan sup yilek..~
Arini kite belajar wat nasi ayam ye.. nasik ayam ada byk version... but yg ni leh la kalo nak kelainan...resepi ini dicilok dr my SIL a.k.a Kak Lin... sungguh yummy tau...tp bile die wat lagi yummy la sbb kite tinggal makan aje...hehheheh.. n seperti biasa resepi ni telah di oter mengikut ke'sempat'an aku aje..
Bahan2 utk sup:
Air ( Air yang diguna utk rebus ayam)
1/2 labu bawang putih
1 inchi halia
Serbuk Lada Putih
Garam secukup rasa
Rebus seperiuk air..agak2 leh muat sekor ayam la... tumbuk halia dan bawang putih...kemudian masukkan dalam air rebusan tu.. n tambahkan lada putih n garam
Bahan2 utk ayam: 1 Ekor Ayam Sos Tiram Kicap Manis Sedikit serbuk Lada Hitam
rebus ayam (yg dah dipotong) dalam sup seperti arahan diatas.. setelah masak ( dlm 20 minit), toskan air nya... masukkan dalam mangkuk besar n tuang sos tiram dan kicap secukupnya dan gaul rata... tambahkan sedikit lada hitam dan perapkan seketika... kemudian goreng seperti biasa...tp jgn lama sgt goreng... kang hangus...
Bahan2 utk Nasi:
Beras
Minyak Bijan
Sedikit serbuk kunyit
Air rebusan ayam
basuh beras macam biasa...kemudian masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan seperti masak nasik biasa.. tambahkan beberapa titik minyak bijan bagi naik bau... n sediiiikkkiiiittt serbuk kunyit...sikit je tau... diulangi... kalo tak de minyak bijan leh gak letak sedikit planta time nasik dah nak kering tu...
Bahan2 utk sos:
Cili Merah Hidup
1 sudu cili kisar
sedikit cuka ( tukar ngan limau kasturi pun boleh)
2 ulas bawang putih
sedikit halia
Sos Cili
Garam dan gula secukupnya
semua bahan tu kisar.. pastu masak atas api...ikut la kesedapan rasa...tp kalo malas cam aku...beli je sos nasik ayam ayamas...hheheh...senang..dah sah2 sedaaaaapppp.....
ok tu je kisahnye...senang kan...cume leceh sbb byk peringkat...sbb tu kalo aku part sos tu jarang2 je buat..hahhaha...so leh hidangkan bersama salad, timun n tomato...
2 cawan beras yang telah dibersihkan dan ditoskan (guna basmathi lagi sedap)
3 cawan air (utk memasak nasik)
1 sudu minyak sapi (kalo takde butter, margerin, planta or minyak pun leh)
2 ulas bawang merah dihiris (kalo tak letak pun tak dosa)
2 ulas bawang putih dihiris (sama gak..tak letak pun ok)
sedikit bunga lawang n kayu manis (x suke tak ape..)
Cara-Cara:
cara-cara nya amat la mudah ye kawan-kawan... actually kalo ada perencah tu saje pun dah sedap ok... tp ni bg resepi yg agak sedap la.. memula..basuh beras tu..kemudian toskan airnya.. panaskan rice cooker..kemudian masukkan minyak sapi...biar sampai cair...then masukkan bawang n tumis sekejap... kemudian masukkan perencah nasi beriyani MAGGI... kacau sekejap (jgn smp hangus) dan masukkan air... kacau hingga sebati, masukkan beras dan ayam sekali gus... jgn lupe bunga lawang n sedikit kayu manis... patu leh tutup periuk nasik n goyang kaki sampai nasik masak... so senang kan...sekaligus je masak nasik ngan lauk...nak sedap orderla kari kambing ke kat kedai mamak wat kuah.. sorry... nnt leh la sape2 kasi lak resepi kari or kurma utk makan ngan nasik tanam ayam ni ek... till the...jgn tak cube...pasti sedap dan amat menjimatkan masa... wa cakap lu....
ni resepi paling senang sekali...kalo ada sesapa yg lagi mau tanya... tak tau la aku nak menjawapnye..bak kate orang budak 10tahun pun reti wat punyer... nmpk simple ..tp kalo makan time lapo mmg dap dap tau... tak caya?? try la..
bahan2 (hidangan utk 2 orang)
2 peket maggi perisa kari (mi)
1 peket perencah maggi curry (gune 1 aje ok..)
2 biji telur ayam
daun bawang/daun sup (agak2 lerr)
sos cili (untuk cicah)
Cara2
letakkan mi maggi dalam mangkuk besar.. tuangkan air panas yg baru menggelegak.. pehtu biarkan dalm 3-4 minit sampai mi tu kembang...
dah kembang toskan airnyer... masukkan 2 biji telur n kacau bersama-sama mi tadi...dah sebati..masukkan sepeket perencah maggi curry...n kacau lagi sampai sebati.. masukkan sedikit hirisan daun bawang/sup sesuka hati...kalo tak letak pun ok je...sedap gaks...hihih....
pehtu panaskan sedikit minyak dalam kuali...bahagi kan kepada 2 bahagian...n masukkan ke dalam kuali (ala2 wat lempeng gitu)... tekan2 sket bagi rata n chanteekk... balik2 kan murtabak tu... n tarraaa....dah siap...masuk pinggan n potong ala2 pizza gitu...
boleh la makan ngan sos cili thai...eerrmm...sedap tau....
ni orang malas cam aku pun rasa cam terer je kalo wat...
• 1 ekor ikan tenggiri (ummi tukar bawal) • 5 biji tomato - belah 4 setiap satu • 1 cawan air • 1 camca besar rempah ikan • 2 camca besar rempah beriani • 3 biji bawang besari - dihiris dan digoreng kekuningan • garam dan gula secukup rasa • Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar:-
• 2 cm halia • 3 ulas bawang putih • 4 tangkai cili merah • 2 tangkai cili hijau (ummi guna cili merah semua) Cara Memasak:-
1. Ikan dibersihkan, dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar. Kacau sebentar. 3. Masukkan tomato, rempah ikan, rempah beriani dan air. 4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 5. Masukkan bawang goreng dan masak sebentar. 6. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata. Angkat untuk dihidangkan.
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air
Cara-cara
Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air.
Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.
Panaskan air dalam kukusan.
Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling.
Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.
Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit.
Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi.
Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
Bakar selama 25-30 minit.
Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.
just an adorable wife & mother with a loving husband ,2 little princes & 1 little princess...i love to cook and force him to finish up everything... ^_^ he's been loving it ever since...so don't blame me coz he never complaints! i love u yon chan,ichiro, akeef & aika. :-)
Happy Birthday my beloved Wifey.. May Allah bless us for this wonderful marriage.. Thus a loving gift from God it will soon to be.. Our Baby is soon to make our lives more meaningful and valuable and hectic and gu-gu-ga-ga... ...I am not the man i am today, if i dont have u by my side.. I love u so much huggy boo... The irreplaceable love of my life..
~020710~
^_^1st wedding anniversary^_^
Our wedding anniversary brings to mind The happiness and joy you’ve brought to me Sweet memories,the laughter and the tears, Devoted love you give abundantly.
The place I want to be is close to you There’s ecstasy and peace in your embrace I know that I can cope with what life brings As long as I wake up to see your face.
You’re all I ever wanted, of course Ichiro too; I look at you and I still get a thrill Our marriage is the best thing in my life; I love you deeply, madly, and I always will.
Happy 1st Anniversary Dear.. Thank U for the lovely presents ^^
~061110~
^_^ e-mail : epelijo@yahoo.com
'jOm kOnGsi PeLbAgAi ReSePi' - untuk makluman kekawan semua, kebanyakan resepi yang ada kat dalam blog ni, saya ambil daripada blog masakan yang lain...saya nak masak best-best, memang tak reti la...hiks! Kekawan semua boleh rujuk di link yang saya sertakan jika ingin menjenguk ke blog mereka..kepada yang ingin berkongsi resepi di blog ini, boleh la e-mailkan kepada saya... xoxo!!!