Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, August 30, 2008

Jemput-Jemput Pisang



sumber : cik epel ^_^


Bahan-bahan (Anggaran: 2 orang)

4-5 biji pisang (kalau pisang emas, buat la dalam 7-8 biji)
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula
Secubit garam
Minyak Masak

Cara-cara
- Pisang dilenyek hingga hancur.
- Campurkan gula dan garam. Gaul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan adun hingga sebati. Jangan terlalu cair atau keras.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng.
- Mudah dibuat dan sedap dimakan di waktu petang... ^_^

Sambal Ikan Bilis Campur



sumber : cik epel ^_^

Bahan-bahan

Segenggam ikan bilis
4 hotdog ayam/daging – dipotong bulat
2 biji ubi kentang – dihiris nipis
1 ulas bawang besar – tumbuk/kisar
3 sudu besar cili kering – kisar
Garam
Gula
Minyak Masak

Cara-cara
- Goreng ikan bilis, hotdog dan ubi kentang secara berasingan.
- Kemudian tumis bawang besar dan cili kering sehingga naik minyak.
- Masukkan sedikit garam dan gula.
- Masukkan ikan bilis, hotdog dan ubi kentang yang telah digoreng tadi.
- Mudah dibuat, sedap dimakan bersama roti dan nasi putih… ^_^

Friday, August 29, 2008

Puding Roti Gula Hangus



sumber/credit to : pakupakis

Bahan-bahan
1 tin susu cair
4 kpg roti gardenia
4 biji telor ayam
1 cawan gula
2 sudu gula (dijadikan gula hangus)
sedikit esen vanilla

Cara-cara
Gula dihanguskan terus ke dalam loyang sehingga perang dan disejukkan. Semua bahan-bahan diatas dikacau hingga sebati kemudian bubuh esen vanilla. Tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama setengah jam sehingga masak.

nota: nak tambah buah-buahan campur yang kering pun ok juga.

Agar-Agar Tembikai



sumber/credit to : emak cik epel ^_^

Bahan-bahan
1 serbuk agar-agar (atau agar-agar yang berjurai lam peket tu)
3 gelas air
3 cawan gula (kalau nak kurangkan manis, 2 setengah cawan je)
3 putih telur
pewarna merah
pewarna hijau
sedikit esen vanilla

Cara-cara
1. Air + gula + agar (rebus sampai pekat sikit).

2. Pukul/mesin telur putih sampai naik gebunya.

3. Tuangkan agar-agar yang dah pekat sedikit tu ke dalam bekas telur putih. (tapis ye...)

4. Kacau sampai pekat sikit dan masukkan esen vanilla...(ini mengambil masa yang lama..jadi sabar la ye...)

5. Bila dah hampir-hampir pekat tu, tuangkan ke dalam bekas bulat...sambil-sambil tu kacau...agak-agak dah sebati, ambil pewarna merah...buat macam dalam gambar tu ye...

6. Bila dah setel taruk pewarna tu...biarkan agar-agar itu keras...sama ada nak letak lam peti sejuk atau biarkan kat luar pun okey je...

7. Bila dah keras, terbalikkan agar-agar itu, dan sapukan pewarna hijau..

8. Tadaaaa....dah jadik agar-agar tembikai...sedap dimakan time sejuk...

nota cik epel : resepi ni adalah resepi turun temurun emak saya...tapi saya tak seterer emak saya...hihihi...selamat mencuba!

Wednesday, August 27, 2008

Ikan Asam Kari




sumber/credit to : kak jun


Bahan-bahan


500 g ikan pari (atau ikan merah)
10 batang bendi
3 biji tomato, dibelah dua
2 kuntum bunga kantan, dibelah dua setiap kuntum
Segenggam daun kesom
Sejemput asam jawa, dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Untuk Rempah

6 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 inci kunyit hidup*
1 keping hirisan lengkuas*
1 cm belacan*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan

Cara-cara

1. Ikan pari dipotong2 dan perap dgn sedikit garam dan asam jawa. Biar 10 minit dan bilas. Toskan.

2. Dalam periuk, panaskan minyak (kurang lebih 4 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk. Masukkan cili kisar dan serbuk kari ikan. Tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.

3. Masukkan air (kurang lebih 500ml) dan asam keping. Biarkan mendidih.

4. Masukkan ikan pari, daum kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih.

5. Masukkan jus asam jawa dan bendi. Perasakan dgn garam dan gula.

6. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan biarkan mendidih sekejap.

Kek Cawan Coklat Kukus



sumber/credit to : noraini

Bahan-bahan
(A)

150 gm minyak masak/jagung
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

(B)
50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
(C)
3 biji telur, dipukul dengan garfu hingga sebati

Cara-cara
1. Satukan bahan-bahan A dalam sebuah periuk. Kacau atas api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai mendidih.Angkat dari api dan biarkan suam.
2. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau rata.
3. Ayakkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.
4. Rehatkan adunan 20 minit. Tuangkan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus selama 20 minit hingga masak.

Kuih Sagu



sumber/credit to : mak lang

Bahan-bahan
150 gm sagu mata ikan
2 cawan air
1/2 cawan gula - ikut manis sendiri (rasa dengan lidah)
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa parut digaul dengan skit garam

Cara-cara
1. Basuhlah dulu sagu tu dengan air dan tos. Jangan lama-lama basuh, nanti
hancur pula.
2. Masak air bersama gula hingga hancur.
3. Campakkan daun pandan kasi wangi. Bila air dah mendidih dan gula dah hancur letakkan sikit pewarna yang disukai kemudian kacau.
4. Akhir sekali baru masukkan sagu, kacau-kacau sampai sagu tu bertukar menjadi jernih dan bila dah pekat tuang dalam loyang.
5. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan digaul bersama kelapa parut.

Tuesday, August 26, 2008

Sambal Mangga



sumber/credit to : kak jeni

Bahan-bahan
5 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji mangga muda dihiris
1 cm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa

Cara-cara
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat.
2. Kemudian masukkan mangga yang dihiris halus.
3. Masukkan sedikit ikan bilis dan udang kering serta rasakan dengan garam dan gula. (tumbuk sikit ikan bilis dan udang kering tu)
4. Masukkan serbuk perasa dan gaul.

Gulai Nangka & Ayam



sumber/credit to : pakupakis

Bahan-bahan
1 tin nangka muda
1/2 ekor ayam dipotong kecil2
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji cili kering
2 inci halia,1 inci kunyit@1 s/k kunyit serbuk dan 1 cm lengkuas
3 s/b kerisik
1/2 tin santan pekat
15 gm serbuk kari Baba’s(+ sedikit air)

Cara-cara
Bahan diblender dan ditumis hingga wangi baru masukkan serbuk kari ,kerisik dan ayam dan akhir sekali santan. Masak hingga kuah agak pekat dan kelihatan berminyak.

Friday, August 22, 2008

Kek Kukus (Most Popular Cakes)



sumber/credit to : sweetbobo

Bahan-bahan

1 cawan Serbuk Koko
1 cawan Gula Castor
1 cawan Susu Cair
1 cawan minyak masak @ guna mentega, dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum @guna tepung kek
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila

kukus guna acuan kecil pun sedap dan cepat!!!

Cara-cara
Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.

Tepung, Baking Powder dan Soda dicampur dan diayak. Ketepikan.

Telur dipukul hingga kembang (dlm anggaran 10 minit pada high speed mixer) - jgn lupa masukkan ovalette dan esen vanila.

Campuran koko tadi digaul sebati dengan telur menggunakan whisker. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan whisker sahaja. Biar semuanya bergaul sebati. Tuangkan ke dalam adunan 3/4 penuh sahaja, kerana adunan akan naik. Tutup bekas dengan aluminium foil (saya gunakan napkin - because i’m more confident with napkin….of course make sure yg bersih ya….)….utk 2 bekas kecil ini (anggaran ukuran 5 in x 4 in) saya kukus selama 45 minit sahaja dengan api yg sederhana (tidak besar atau terlalu kecil). Sejukkan kek terlebih dahulu di dalam bekas sebelum dikeluarkan.

Laksa



sumber/credit to: paku pakis

2 kilo laksa @1 paket laksa kering direndam dlm sejam bolehlah direbus
Bahan untuk kuah:(Hidangan lebih kurang 6-8 org makan)
2 ekor ikan saba @ 6 ikan aji kalau di Jepun @ 6 ekor ikan kembung saiz agak besar(M’sia)
1 sudu kecil makan lada hitam
10 ulas bawang merah /1 biji bawang besar
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 1/2 biji kepala parut diambil santannya/2 tin stn(agak pekat)
2 liter air utk diblender dengan ikan dan tulang(perlu tapis)
3-4 keping asam gelugur (rasakan masamnya, baru tambah kalau perlu)
sedikit garam dan cik aji sedikit@gula sbg alternatif

Cara membuat kuah:
Ikan saba/kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak .
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk/blender hingga lumat.
Manakala tulang diblender asing(ambik lebihan air rebusan) tapiskan
Tumbuk bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.(@ blender)
Masukkan semua bahan tumbuk@blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih sekejap saja dan terus tutup api.
Jangan biarkan lama di atas dapur takut pecah minyak nanti tak cantik.
Bahan untuk ulam:(Gaulkan kesemuanya selepas dipotong halus)

Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang@kacang buncis - dimayang
Timun batang dimayang
Kubis dipotong halus2
Taugeh(dibuang ekornya)
Bunga kantan-dihiris halus juga

Sambal cili:
Cili merah+cili padi + sedikit belacan dibakar }diblender dan rasakan garam gulanya.
-bolehlah dihidang dengan sambal cili,limau nipis yg dipotong halus,belacan yg diracik halus2 dan garam halus jika suka.

Thursday, August 21, 2008

Ikan Kukus



sumber/credit to : mat gebu

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
• 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
• 1/2 camca teh garam
• 1/2 camca teh tepung jagung
• 1/2 camca teh lada sulah
• 3 camca besar jus limau kasturi*
• 1 1/2 camca besar minyak masak*
• 1 1/2 camca teh gula*
• 1/2 camca teh garam*
• 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
• 2 batang serai, dihiris halus*
• 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
• 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
• 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
• 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
• 1/2 camca teh tepung jagung*
• 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

nota cik epel : ini ler resepi yang selalu dibuat time zaman-zaman diet tuh...hiks!

Cucur Udang



sumber/credit to : kak jeni

Bahan-bahan
Tepung gandum dalam 400 gm
Taugeh
Bawang hiris halus
Daun bawang (Kalau ada daun kucai lagi sedap)
Udang
Air secukupnya
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bicarbonat
1/2 sdt serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Udang yang dah dikopek

Cara-cara
1. Campurkan semuanya kecuali udang. Air adjust jangan pekat sangat.
2. Panaskan minyak yang banyak. Minyak tak boleh sikit nanti cucur tak kembang tapi kempis.
3. Kaut bancuhan dgn sudu letak udang seekor.
4. Masukkan dalam minyak. Angkat dan toskan bila dah terapung dan masak.

Kuahnya
Bahan-bahan

2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar asam jawa
3 ulas bawang putih tumbuk
Air dalam 2 cawan boleh diadjust
Garam dan gula secukup rasa
1 sdt tepung jagung untuk memekatkan kuah
Caranya
1. Campurkan asam jawa dan air. Kaut buang bijinya.
2. Campurkan lain-lain bahan.
3. Masak di atas api.

Ayam Goreng Mentega



sumber/credit to : kak jeni

Bahan-bahan
Ayam dipotong kecil
100g bawang bombay dihiris kasar
4 ulas bawang putih ditumbuk
2cm halia ditumbuk
1 batang daun bawang dipotong kasar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan mentega
Air limau nipis secukupnya
Lada sulah secukupnya

Cara-cara
1. Perap ayam dengan air limau nipis, garam dan serbuk lada sulah. Biarkan sampai meresap. Kemudian goreng hingga masak. Angkat.
2. Tumis bawang putih dengan halia dengan 2 sudu makan minyak dan mentega tadi.
3. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis.
4. Masukkan bawang besar dan kacau hingga agak layu.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
6. Masukkan daun bawang dan gaul lagi.

Tuesday, August 19, 2008

Sambal Tempoyak Goreng

sumber/credit to : Yanti

Bahan-bahan

Ikan bilis segenggam - goreng garing
Tempoyak - 1 senduk
Bawang besar 1 biji - dihiris
Kunyit hidup 1 inci
Cili padi - agak2 kalau suka pedas, lebihkan - ditumbuk halus bersama kunyit
Daun kunyit sehelai - dihiris
Minyak utk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuatnya

  1. Goreng bilis garing, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan cili yg ditumbuk bersama kunyit hidup.
  3. Masukkan bawang besar hiris.
  4. Masukkan tempoyak, daun kunyit garam & gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis.
  6. Hidangkan bersama nasi panas & ulam2 seperti petai, kerdas, jering…hehehe..terangkattt…..

p/s: ade org masukkan sekali petai kt dlm tu…

Kerepek Lidah Buaya

sumber/credit to : pakupakis

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung ubi
sedikit air garam

Cara-cara

- Uli tepung ,marjerin,telur &air garam sehingga menjadi doh .
- Bahagikan doh kepada beb.bahagian &canaikan menjadi nipis.
- Campurkan sedikit air dengan tepung ubi untuk disapukan diatas tepung tadi &gulung lalu dipotong menyerong.
canaikan nipis sekali lagi .
- Goreng dengan api sederhana sehingga kerepek kekuningan.

Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan begitu saja(bagi yang tidak suka manis) atau ditabur gula halus.

Tauhu Ayam

sumber/credit to : yani

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 keping dada ayam
  • 280g tauhu
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 biji telur ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Cincang isi ayam
  2. Lecek tauhu dengan garfu
  3. Potong halus daun sup
  4. Gaul semua bahan-bahan di atas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup
  5. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok

Gulai Lemak Labu

sumber/credit to : Mak Lang Azie

Bahan
Labu - dipotong kecik

Bahan tumbuk
Cili padi
Bawang kecik
Kunyit hidup
Belacan

Tulang ikan kering } dibakar & dibasuh

Santan cair
Santan pekat
Daun kunyit
Asam keping

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan dlm periuk kecuali santan pekat..biarkan mendidih seketika baru masukkan santan pekat..campakkan daun kunyit dan asam keping.

Pizza D'Tut

sumber/credit to : d'tut
gambar : cik epel

Bahan bahan

PIZZA BASE = sama macam bahan daughnut
1 cawan tepung gandum
setengah peket instant yis (saf-instant/maurifan/ap apa brand lah)
1 sudu teh susu pekat
secubit garam
air suam untuk ngam ngam buat doh.
sedikit butter/minyak masak biasa/minyak senyonyong tak boleh laa
hang gaul benda alah ni sampai jadi doh lembut. griskan loyang
bulat dan taburkan sedikit tepung (kalau guna loyang non stick lagi senang) 
pastu hang canai doh tadi bulat nipis 1cm. Pastu hang letak kat dalam  
loyang tadi. Kalau boleh hang tutup ngan kain lembab. Biaq 1 jam. PANTANG 
JANGAN TERHENTAK NANTI BANTAT. Pastu hang bakar dalam oven selama 15 minit 
suhu 180 c. Tarrraaaa dah jadi pizza base. Nak guna sekarang pun boleh. 
Hang boleh buat bebanyak, simpan kat peti sejuk/bawah katil untuk kegunaan 
masa darurat.
SOS
Apa apa jenis sos pun boleh asalkan tak begitu berair, contoh:-
sambal tumis, kari, kuah satay, kuah semalam. Tak pun sos ready made
contoh:- mayonis, thousand island, coslow dressing, sos cili, sos tomato  
dll. Anak aku suka coslow dressing.hang sapu benda alah ni kat atas pizza  
base. Kalau suka tabur sikit oregano tapi anak aku tak suka.
TOPPING
Apa apa jenis sayur/petai/jering/ayam/beef/unta/kambing/dhab.
cadangan:- cendawan butang,nenas,bawang besar,capsicum, sosej,salami.
semuanyer hiris nipis tabur berselang seli kat atas pizza base sos
tadi.
Bila dah siap semua. yang paling bebudak suka ialah MOZARELLA
CHESSE. Hang cincang/parut/potong/hiris chesse tu dan tabur kat atas 
topping tadi biar lebih sikit sampai tertutup topping tuh. pastu hang bakar 
kat oven  selama 15 minit suhu 180c sampai chesse tu cair melimpah dan 
keperangan sikit. Pastu apa tunggu lagi ngap laaa.


nota cik epel :- suke nau gan ayat sempoi d'tut neh...eh..korang try la..kompem jadik punye! ... hiks!

Friday, August 15, 2008

Nasi Dagang

sumber/credit to : pakupakis

Bahan-bahan

1 cawan pulut +3 cawan beras nasi dagang@jika tiada memadai gantikan 3 cawan beras jepun +1 cawan beras Thai(Ala T’ganu versi)

1 biji kelapa(seeloknya diperah gunakan kain putih jarang utk dapatkan santan pekat)/sbb di Jepun gunakan saja 1 tin santan :bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).

10 ulas bawang merah-dimayang halus
5 ulas bawang putih-dimayang halus
2 cm halia-dimayang halus
1 sudu kecil halba
garam dan gula pastikan secukup rasa

Cara-cara
Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 4 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Gulai kunyit lengkuas ikan tongkol

1 ekor ikan tongkol yg sederhana saiz yg dipotong kecil ,dibersih dan direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam.
1 tin santan
10 biji bawang merah@1/2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering ikut suka
1 cm lengkuas
2 cm kunyit
1,2 asam keping
5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2)
Sedikit garam dan gula atau nise kelate.

Cara-cara

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya…

Sambal kelapa

-2 ekor ikan kembong@ 2 ekor ikan aji saiz sedang(bakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut/kering

Cara-cara
-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..

*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.

Daging Dendeng

sumber/credit to : erna

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500gm daging
  • 4 biji tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukupnya

****Bahan A (dikisar)*****

  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 sudu besar cili giling
  • sedikit halia

Cara-cara

  1. Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
  2. Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
  3. Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

Burger Cik Epel

sumber : cik epelhehehe...korang pong leh wat jugek...senang bangat seh...

Bahan-bahan

roti burger
daging burger
keju
salad
tomato
timun
sos cili
mayonis
mentega

Cara-cara
1. goreng burger guna mentega
2. goreng roti plak...(macam yang korang tengok kat kedai burger tu..)
3. taruk daun salad, tomato, timun, keju, daging burger
4. tuang mayonis & sos
5. apa lagi...makan ler...hihihi...

Sandwich Telur

sumber : cik epel & nanaBahan-bahan

Telur

Mayonis

Lada hitam

Tomato

Timun

Salad

Unsalted butter

Cara-cara

- Rebus telur dan hancurkan dengan garfu.

- Tambah mayonis & lada hitam.

- sapu butter kat roti dan wat sandwich cam biasa.

- letak salad, timun & tomato atas campuran telur tadi.

- makan!!!

Ikan Siakap 3 Rasa

sumber/credit to : mak lang azie

Bahan-bahan

Ikan siakap } dikelar banyak-banyak, dilumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung dan digoreng rangup sampai ke tulang.

Bawang putih – tumbuk kasar

Halia - hiris halus

Bahan Sampingan, dipotong dadu

Timun

Nenas

Tomato

Cili bangla

Sos cili

Sos tomato

Sos tiram

Kicap manis

Petis udang (1/2 sudu teh sahaja, takmo masukkan pun takpe)

Tepung jagung untuk pekatkan kuah

Air

Garam


Hiasan

Carrot – dihiris halus

Daun sup

Cili padi – hiris halus


Cara Membuatnya

  1. Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili,tomato,tiram,kicap dan petis udang. Kacau.
  3. Masukkan air yang dicampur tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  4. Masukkan bahan sampingan tadi dan tunggu hingga masak.
  5. Curahkan ke atas ikan dan hiaslah ikan itu kasi menggoda sikit.

Makanlah panas-panas sementara ikan masih rangup dan garing hingga ke tulang. Jangan lupa gigit cili padi tu lagi pedas lagi sedap.

p/s : ayong, ko tuko je la ikan siakap tu kepada ikan kerapu...hiks!

Ayam Paprik Ficik

sumber : ficik

Bahan-bahan

Bawang merah (tumbuk/blend)

Bawang Putih (tumbuk/blend)

Cili Kisar (Cili kering)

Serai (ketuk aje)

Bawang besar (hiris)

Cili Api (ketuk je)

Ayam (potong kecik)

Sos Tiram

Kicap manis (sikit aje…)

Sayur (Karot, buncis, bunga kubis)

Gula, garam secukup rasa

Cara-cara

Tumis bawang merah ngan putih yang ditumbuk

Masukkan serai..tumis sekali…

Masukkan beberapa sudu cili kisar..(kalo nak pedas taruk la byk..)

Dah naik bau..masukkan ayam…tumis sket..

Masukkan sos tiram ngan kicap…(sesedap rasa)

Masukkan air..(ikut nak kuah byk mana..)

Bagi ayam tu masak…

Dah nak masak tu…masukkan sayur2..

Pehtu masukkan bawang besar ngan cili api tu..

N dah…siap….

Kalo kuah tu tak cukup pekat…leh bancuh tepung jagung…dan masukkan…

Ok tu aje…

Selamat mencube…kekekke

Tom Yam Ficik

sumber : ficik


Bahan-bahan

1 biji / 1 ½ biji Bawang Besar (Hiris)

5 ulas / 6 ulas Bawang Putih (separuh hiris, separuh tumbuk)

Sedikit halia (hiris)

Sedikit Lengkuas (Jika ada)

1 / 2 btg Serai (Ketuk)

½ senduk Cili Kering Kisar/ Cili Bo (Kalo nak kuah kaler merah)

2 Kiub Tom Yam Maggi (Kalo nak pekat masukkan 3 kiub)

Cili Padi diketuk sedikit(Ikut kalo nak pedas letak bebanyak)

Ayam/Udang/sotong

Garam

Limau Nipis

Daun Limau Purut

Sayur (kubis bunga, carrot, baby corn, tomato, celery)

Cara-cara

Panaskan minyak…

masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebahagian cili padi..tumis..

masukkan cili kering kisar…dan tumis lagi…

kemudian masukkan ayam…tumis sehingga ayam tu kecut sedikit…pastu..masukkan air…agak

agak la nak kuah byk ke sikit…

masukkan kiub tom Yam Maggi….

masukkan garam…dan rasa sedap ke tak…tambah la apa yg patut…

masukkan daun limau purut…

pastu….emm masukkan baki ciki padi tadi…

bila ayam dah empuk..masukkan sayur-sayuran…

kemudian perahkan sedikit limau nipis..ikut kalo nak masam letak byk…

Blueberry Cheese Cake

sumber/gambar : cik epel ^^

A
350 gram biskut oreo yang telah dihancurkan.
80 gram butter(suhu bilik)

B
500 gram cream cheese
1/2 c gula kastor
1/2 c whipping cream
1 tsp vanilla
3 tsp gelantine (bancuh dengan 1/4 air panas)

C
bluebbery filling

Cara-Cara

- Satukan bahan A dan masukkan ke dalam fridge selamat 30 minit camtu....

- Satukan cream cheese, gula kastor dan vanilla sehingga sebati.

- Masukkan vanilla.

- Last sekali baru masukkan gelatine...

- Masukkan ke dalam bekas yang mengandungi bahan A tadi....

- Masukkan ke dalam fridge sekali lagi....

- Agak-agak dah keras sikit, letakkan blueberry filling banyak-banyak...sedappp.... ^^

Peach Cheese Cake

sumber : cik epel

Bahan Base

2 kek gulung (potong bulat-bulat)

Bahan Krim
500 gm cream cheese philidephia
300 ml yogurt (perisa buah mangga)
100 gm gula kastor
6 keping buah peach dalam tin (potong dadu keci)

Larutan agar-agar cair [bancuhkan]
130 ml air panas
1 s/b agar-agar serbuk

Cara-cara

1. Susun kek gulung yang telah dipotong di atas loyang.

3. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang dan biarkan sebati.

4. Masukkan yogurt dan kacau rata (gunakan whisker).

5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.

6. Masukkan potongan buah peach dan kacau lagi perlahan-lahan supaya buah peach tidak hancur.

7. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam.

Marble Chocolate Cheese Cake

sumber : nana
gambar : cik epel
Bahan-bahan

Bahan A

180 gm. Butter

170 gm. Gula castor

3 biji telur

20 gm. cocoa powder - ayak

120 gm. tepung naik Sendiri - ayak ~~

1 tsp. baking powder - ayak

Bahan B

250 gm. cream cheese

60 gm. gula castor

1 tsp. vanilla essence

1 biji telur


Cara-cara

1. Pukul butter and gula sehingga kembang dan ringan.

2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.

3. Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.

4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.

5. Tuang separuh bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 8" dan ratakan.

6. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.

7. Tuangkan baki adunan A.

8. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. [Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang].



Nota cik epel : Nana yang bagi resepi nie kepada saya…kepada tuan punya resepi, thanx..cedap cangat kek nie! ^_^

Muffin Blueberry

sumber/credit to : resepi
Bahan-bahan
300 gm self-raising flour
150 gm gula kastor
15 gm susu tepung
90 gm telur (anggaran 2 biji telur saiz B)
120 gm butter
165 gm air
30 madu
sedikit perasa vanilla
Inti: Buah blueberi

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada 180C.
2. Pukul gula, susu tepung, butter dan madu hingga kembang.
3. Masukkan telur perlahan-lahan hingga habis.
4. Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan bersilih ganti dengan air hingga habis.
5. Kisar bersama buah blueberi. Saya pakai blueberi filling...just letak kat atas je.
6. Letakkan adunan ke dalam acuan muffin.
7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20 - 25 minit.

Puding Gula Hangus (Karamel)

sumber : cik epelBahan-bahan

1 cawan gula
Air 1/2 cawan
1 sudu esen vanilla
4 biji telur
1 tin susu cair

Cara-cara

1. Pukul semua telur dan susu cair sampai gebu.

2. Kemudian masukkan esen vanilla, pukul sampai sebati..Sambil tu panaskan gula sampai nampak warna kekuningan dan campur air tadi dan kacau sampai sebati..

3. Curahkan gula hangus tadi ke dalam bekas untuk dikukus.

4. Kemudian masukkan adunan telur, susu & vanilla ke dalam bekas yg berisi gula tersebut..

5. Kukus selama 20 minit..

6. Lepas masak jangan terus masuk ke peti sejuk, tunggu dah sejuk sikit..

Banana Chocolate Muffin

sumber : cik epel

Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.

Kek Coklat Rice

sumber/credit to : roshayatiBahan-bahan
200g butter

200g gula
4 biji telur
200g tepung penaik
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
100g coklat rice


Cara-caranya

1) Panaskan oven 170c.

2) Pukul semua bahan kecuali coklat rice sehingga gebu (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)

3) Masukkan coklat rice, gaul perlahan.

4) Bakar dalam acuan yang dilengser selama 45 minit (ikut oven memasing).

Thursday, August 14, 2008

Ikan Percik Kuah Putih

sumber/credit to : pakupakisBahan-bahan

2 ekor ikan kembung saiz besar-digaram kunyitkan dan dibakar. (boleh juga diguna utk ayam)

1 cawan santan pekat atau terpulang jika mahu lebih

3-5 sudu besar tepung beras dicampur sedikit air

sedikit air asam jawa@asam keping

garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk/blender:

4 biji bawang putih

3 batang serai-dititik

3 cm halia

2 camca besar ketumbar

1 camca kecil jintah putih

1 camca kecil lada hitam

Cara-cara

1. Tumbuk kesemua bahan kecuali serai .

2. Tumiskan semua bahan dgn sedikit minyak hingga agak wangi.

3. Masukkan santan dan tepung beras.Biarkan mendidih dan kelihatan likat dan masukkan air asam@asam keping kemudian rasakan garam serta gula.

4. Bolehlah dicelupkan ikan ke dalam kuah atau kuah boleh dituang keatas ikan bakar tadi.

Puding Fruit Coctail

sumber/credit to : baya
Bahan-bahan untuk kuah
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard - larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukan pun tak apa).

Cara-caranya
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api perlahan (api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Jika rasa gula sudah hancur, bolehlah tutup api tersebut dan masukkan dalam freezer.

Untuk custardnya pula
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara-caranya
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga menjadi pekat dan likat, akan perasan yang warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yang lutsinar.

2. Setelah masak, sudukan ke dalam bekas-bekas kecil seperti bekas lompang dan sejukkan. Setelah sejuk sedia untuk dimakan.


p/s: sedap dimakan ketika sejuk.

Mee Kari

sumber/credit to : linasarawakBahan-bahannya:-

1 mangkuk ikan bilis ) dikisar hancur
1-2 biji bawang merah besar )

4-6 batang serai ( dititik)

3-4 sudu besar rempah kari daging
10-20 biji bebola ikan atau isi ayam (fillet)

semangkuk santan
1 paket mee kuning
sayur sawi, taugeh - dicelur ikut suka

minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

1) Panaskan minyak. Masukkan batang serai, bahan yang dikisar serta serbuk kari. Tumis sehingga bau naik dan rempah masak.
2) Masukkan santan. Diikuti dengan bebola ikan atau isi ayam (ikut suka).
3) Masukkan garam. Tunggu sehingga masak.
4) Celur mee dan juga sayur.
5) Hidangkan.

Note: Hidangan untuk 3-4 orang.