Bahan-bahan
Ikan siakap } dikelar banyak-banyak, dilumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung dan digoreng rangup sampai ke tulang.
Bawang putih – tumbuk kasar
Halia - hiris halus
Bahan Sampingan, dipotong dadu
Timun
Nenas
Tomato
Cili bangla
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Petis udang (1/2 sudu teh sahaja, takmo masukkan pun takpe)
Tepung jagung untuk pekatkan kuah
Air
Garam
Hiasan
Carrot – dihiris halus
Daun sup
Cili padi – hiris halus
Cara Membuatnya
- Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan sos cili,tomato,tiram,kicap dan petis udang. Kacau.
- Masukkan air yang dicampur tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Masukkan bahan sampingan tadi dan tunggu hingga masak.
- Curahkan ke atas ikan dan hiaslah ikan itu kasi menggoda sikit.
Makanlah panas-panas sementara ikan masih rangup dan garing hingga ke tulang. Jangan lupa gigit cili padi tu lagi pedas lagi sedap.
2 comments:
mckie,tq bery much!
bereh aku tuka jelah ikan tu!!
patut mgu lepas aku wat x rangup,rupanya x payah salut telur,golek selalu dlm tepung jagung,ptg ni ranguhlah ikan aku
sapa ke tulang!!
no hal gu!
tu la mung...buat tok wi kat aku ... tu hok tak rangup tu..hihihi...
Post a Comment